Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 21 Disember 2015

Gagal ujian doping: Sazali digantung empat tahun

Sazali Samad.
KUALA LUMPUR: Jaguh bina badan negara, Sazali Samad dikenakan hukuman penggantungan selama empat tahun selepas gagal ujian doping.

Sazali, 48, disahkan positif menggunakan steroid.

Beliau gagal dalam ujian rawak yang dilakukan oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) pada 1 September lalu.

Sazali sepatutnya bertanding pada Kejohanan Bina Badan Asia ke-49 di Taskent, Uzbekistan bermula 29 September hingga 5 Oktober lalu.

Beliau berhadapan dengan penggantungan selama empat tahun bermula 22 September di mana tarikh keputusan ujian diketahui.

Sazali pernah memenangi kejuaraan Mr Universe sebanyak 10 kali iaitu di Melaka pada tahun 2000, Moscow, Rusia (2004), Ostrava, Republik Czech (2006), Jeju, Korea Selatan (2007), Dubai (2009), Varanasi, India (2010), Melaka (2011), Bangkok, Thailand (2012) dan Budaors, Hungary (2013), Mumbai, India (2014).

Beliau yang digelar 'Orang Besi Malaysia' juga pernah meraih sembilan kali gelaran Mr Asia iaitu 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010, 2012 dan 2014.

Sumber: mStar Online | 21 Dis. 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan