Pintu air dibuka dan dikunci bagi mengelakkan ia tertertutup. |
TUMPAT: Jabatan Kerja Raya (JKR) Tumpat membuat pembaikan tiga pintu air yang didakwa penduduk pinggir Sungai Golok penyebab banjir termenung.
Juruteranya, Saiful Nizam Abdul Majid berkata, kerja-kerja pembaikan itu sudah bermula sejak kelmarin dan dua lagi akan menyusul.
“Satu pintu air sudah siap dibuka pintunya, dua lagi dalam pembaikan. “Kaedah yang digunakan adalah buka pintu air ini dan kunci agar ia tidak jatuh dan tertutup menghalang laluan air untuk keluar ke Sungai Golok,” katanya.
Pada asalnya pintu air itu dibina di jalan Kasban untuk mengelak air laut dari Kuala Takbai, Thailand masuk ke kawasan sawah padi di kampung sekitar apabila berlakunya fenomena air pasang.
Tetapi apabila banjir berlaku, air tidak dapat keluar dan keadaan tersebut menyebabkan penduduk di pinggir Sungai Golok melibatkan 13 kampung berdepan dengan masalah banjir termenung.
Jelas Saiful Nizam lagi, kaedah buka dan kunci pintu air ini digunapakai ketika musim banjir ini dan akan ditutup semula apabila berlaku fenomena air pasang bagi mengelakkan air masin masuk ke kawasan sawah padi.
“Kita terpaksa guna kaedah manual untuk buka dan tutuppintu air ini.
“Musim banjir pintu air ini dibuka, musim air pasang kita tutup pintu air ini nak elakkan air masin masuk ke sawah padi,” katanya.
Menurutnya, kerja-kerja pembaikan tiga pintu air di Pisau Raut dan dua lagi di Kuala Kudung dilakukan oleh Roadcare Sdn Bhd, syarikat konsesi yang dilantik JKR.
Sebelum ini dilaporkan, masalah pintu air yang menjadi punca air banjir lambat turun ke sungai terus menghantui lebih 5,000 penduduk dari 13 kampung pinggir Sungai Golok setiap kali tibanya musim banjir.
Masalah yang berlarutan lebih dua tahun itu menyebabkan kampung terbabit sering dilanda banjir termenung apabila air lambat surut berlarutan hingga tiga minggu lamanya.
Antara kampung terlibat ialah Bendang Pak Yong, Naga Ibu, Kuala Jambu, Jejulok, Kubang Sawa, Telok Jering, Pohon Nibong dan beberapa lagi.

Sumber: Bernama | 11 Dis. 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan