Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 11 Disember 2015

30,000 kit makanan untuk mangsa banjir di Kelantan

KOTA BHARU: Sebanyak 30,000 kit makanan disediakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk mangsa banjir di negeri ini, kata Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha.

Beliau berkata kit itu yang bernilai RM70 setiap satu mengandungi makanan segera, biskut, roti, susu dan minuman untuk selama tiga hari.

Sebahagian besar kit tersebut telah dihantar ke pangkalan hadapan di seluruh negeri, katanya.

"Kita juga bersedia untuk menambah kit makanan bagi menampung keperluan semasa banjir di Kelantan," katanya.

Makhtar berkata persiapan lain yang dilakukan ialah menambah jumlah anggota sukarelawan kepada 4,000 orang berbanding 3,000 orang tahun lepas.

Sumber: Bernama | 8 Dis. 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan