Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 3 Disember 2015

Kerajaan Persekutuan sedia RM4.34 juta untuk bina 33 rumah mangsa banjir di Bertam Bharu

GUA MUSANG: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM4.34 juta untuk pembinaan 33 rumah mangsa banjir di penempatan baharu Kampung Jambatan Bengkok, Bertam Bharu di sini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Nenggiri, Mat Yusoff Ab Ghani berkata daripada peruntukan itu, sebanyak RM2 juta untuk kos penyediaan infrastuktur dan bakinya untuk pembinaan rumah-rumah berkenaan.

Pembinaan rumah kekal yang berharga RM71,000 sebuah itu telah bermula pertengahan bulan lepas dan dijangka siap Feb tahun depan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan pondok Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) Kampung Bertam Lama di sini, hari ini.

Mat Yusoff berkata kelewatan pembinaan rumah kekal itu kepada mangsa yang kehilangan rumah akibat banjir akhir tahun lepas adalah disebabkan masalah dalam proses mendapatkan tapak (tanah) untuk penempatan baharu itu.

Beliau berkata mangsa banjir yang kehilangan rumah itu terdiri daripada kalangan penduduk yang mendiami kawasan setinggan di Bertam Lama.

Sumber: Bernama | 3 Dis. 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan