Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 11 Disember 2015

Buruh, rakan mengaku miliki dadah

Buruh dan rakannya mengaku miliki dadah
KOTA BHARU: Seorang buruh dijel 13 tahun dan 10 sebatan, manakala rakannya di penjara 11 tahun serta 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu siang tadi, selepas mengaku salah atas tuduhan memiliki 614.82 gram dadah jenis metamphetamine, tahun lalu.

Hukuman diputuskan Hakim, Ahmad Bache terhadap tertuduh pertama, Mohd Pauzi Mohd Nor, 28, dan rakannya itu, Rosli Mat Ali, 25.

Mereka didakwa pada tuduhan pindaan secara bersama-sama memiliki dadah berkenaan di tempat letak kereta bawah tanah sebuah pasar raya, di Jalan Hamzah, di sini, pada jam 3 petang, 24 Ogos 2014.

Kedua-dua tertuduh asalnya berdepan hukuman mati kerana mengedar dadah sebelum pindaan terhadap pertuduhan itu dibenarkan kepada dakwaan memiliki dadah itu dan dijatuhi hukuman berkenaan. Hukuman diarah berkuat kuasa dari tarikh mereka ditahan.
 
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 9 Dis. 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan