Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 3 Disember 2015

Stesen minyak sementara akan dibina di LPT2

KUALA TERENGGANU: Sebuah stesen minyak sementara akan dibina di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) iaitu di hentian Rehat dan Rawat (R&R) berhampiran kawasan Kijal dekat Kemaman.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terengganu, Rosli Othman berkata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah menerima permohonan dari sebuah syarikat berhubung perkara itu.

"Apabila 'tangki gelongsor' itu siap kelak, ia akan memudahkan pengguna lebuh raya berkenaan mendapatkan bekalan petrol dan diesel untuk meneruskan perjalanan ke destinasi mereka," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini hari ini. 

Ditanya mengenai lokasi yang strategik untuk pembinaan stesen minyak kekal, beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kemasik berkata dua lokasi dikenal pasti sesuai iaitu di Perasing dan Paka.

"Maksudnya stesen minyak terakhir ketika ini terletak di Gambang, jadi Perasing adalah bersesuaian untuk lokasi seterusnya diikuti Paka dan Kuala Terengganu.

Bagaimanapun syarikat mana yang akan beroperasi secara kekal di LPT2 itu masih belum diputuskan lagi oleh LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia)," katanya.

Ketika ini, pengguna LPT 2 sepanjang 184 kilometer itu perlu mendapatkan bekalan petrol dan diesel di stesen minyak di hentian rehat dan rawat LPT 1 sebelum memasuki lebuhraya itu bagi mengelak sebarang masalah dalam perjalanan berikutan ketiadaan stesen minyak.

Sumber: Bernama | 2 Dis. 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan