Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 3 Disember 2015

JPS Kelantan tinjau kawasan hakisan pantai di Kampung Pulau Pantai Kundur


KOTA BHARU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan akan melakukan tinjauan terhadap hakisan pantai di Kampung Pulau Pantai Kundur di sini, akibat dipukul ombak besar Laut China Selatan yang menyebabkan beberapa rumah penduduk di kawasan itu rosak teruk.

Pengarahnya Shahimi Shariff berkata pihaknya akan mengumpulkan maklumat lengkap berhubung kejadian itu sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Kita akan mengarahkan jurutera JPS Kota Bharu turun meninjau kawasan tersebut bagi mendapatkan maklumat terperinci berkaitan hakisan pantai itu yang menyebabkan kerosakan rumah penduduk di kawasan berkenaan.

"Maklumat terperinci daripada jurutera JPS Kota Bharu akan membolehkan kita melakukan tindakan selanjutnya," kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Bernama semalam, melaporkan ombak besar Laut China Selatan yang membadai perkampungan tepi laut itu pada Sabtu lepas, mengakibatkan 10 rumah penduduk di kawasan berkenaan rosak teruk.

Sumber: Bernama | 2 Dis. 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan