Gambar hiasan. |
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Plaza Tol Gombak menuju ke arah timur dilapor mulai bergerak perlahan setakat tengah hari ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kebanyakan aliran di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2 di kedua-dua arah bergerak lancar.
"Namun aliran trafik juga dilaporkan perlahan dari arah Permatang Pauh menuju ke Perai setakat ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.
Sementara itu, aliran trafik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) turut dilapor bergerak lancar.
Menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd, keadaan di kedua-dua arah utara dan selatan adalah terkawal.
Bagaimanapun, katanya, kenderaan bergerak perlahan selepas Terowong Menora menuju ke arah Hentian Sungai Perak berikutan berlakunya kebakaran belukar di KM256.7 yang menyebabkan pandangan pemandu menjadi kabur.
"Aliran trafik juga perlahan di Sedenak menghala ke Simpang Renggam berikutan berlakunya kemalangan kereta di KM54.1 dan kerja mengalihkan kenderaan sedang dilakukan," katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
Sumber: mStar Online | 1 Julai 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan