Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 14 Julai 2016

Terengganu tetap tuntut wang pelaburan LPT2 untuk biayai pembinaan LPT3

Lebuh Raya Pantai Timur (LPT)
CHUKAI: Wang sebanyak RM1.83 bilion yang digunakan kerajaan negeri untuk membiayai pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) tetap akan dituntut daripada Kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Kemudahan Awam dan Teknologi Hijau Negeri, Rosli Othman berkata, pada dasarnya Kerajaan Persekutuan sudah bersetuju mengembalikan wang pelaburan dana khas kerajaan negeri berkenaan.

"Wang pelaburan berkenaan juga akan digunakan bagi membiayai pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3).

"Ia sudah mendapat persetujuan Menteri Besar Terengganu (Ahmad Razif Abd Rahman)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Balai JKKK Kampung Kemasek, di sini, hari ini.

Sumber: Harian Metro | 14 Julai 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan