Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 19 Julai 2016

Isu Rayani Air boleh dibawa ke mahkamah

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menasihatkan penumpang Rayani Air yang ingin mendapatkan semula wang tiket pener­bangan untuk membawa kes itu ke peringkat mahkamah.

Ketua Pegawai Operasi Mavcom, Azmir Zain berkata, ini kerana ketidakupayaan Rayani Air untuk memulangkan wang tiket pener­bangan berkait rapat dengan hak pengguna dari segi undang-undang.

Selain itu ujar beliau, penumpang juga dicadangkan untuk merujuk kepada syarikat insurans sekiranya mereka ada mengambil mana-mana polisi insurans perjalanan.

“Walau bagaimanapun, Mavcom tidak akan membayar sebarang yuran mahkamah berkaitan kes ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) di sini hari ini.

Mavcom ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Pener­bangan Malaysia 2015 sebagai satu entiti bebas untuk mengawal selia perkara ekonomi dan komersial penerbangan awam.

Awal Jun lalu, Mavcom telah membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) Rayani Air kerana telah melanggar syarat-syarat ditetapkan pada ASL tersebut serta mempunyai kedudukan kewangan dan komersial yang lemah.

Rayani Air pada 12 Julai lalu menerusi akaun Facebook memohon maaf kerana masih tidak mampu untuk membuat pembayaran balik ke atas tiket penerbangan.

Syarikat pe­nerbangan patuh syariah itu berkata, penarikan balik lesen tersebut telah menyebabkan tiada pelabur yang mahu be­kerjasama dengan mereka.

Katanya, dengan penarikan balik lesen tersebut, pihak pelabur yang telah memberikan komitmen melaburkan dana pada 30 Jun 2016 bagi menyelesaikan pembayaran balik telah menarik diri di luar jangkaan Rayani Air.

Sumber: Utusan Malaysia | Korporat | 18 Julai 2016 | Terbitan 19 Julai 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan