Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 21 Julai 2016

Lelaki dakwa kek lapis sebagai 'bom', akibatnya tiga penerbangan dijadual semula

KUCHING: Gurauan seorang lelaki terdapat 'bom' di dalam kotak yang dibawanya ketika mendaftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hari ini mengakibatkan tiga penerbangan terpaksa dijadual semula.

Menurut sumber, ketika kejadian, lelaki tersebut mendaftar masuk untuk menaiki penerbangan ke Kota Bharu kira-kira jam 10.30 pagi.

"Ketika mendaftar masuk, lelaki tersebut secara bergurau berkata kepada kakitangan kaunter ada 'bom' di dalam kotak yang dibawanya. Biarpun dia bergurau, satu laporan polis dibuat seterusnya dia telah ditahan," katanya kepada Bernama.

Sumber itu memaklumkan siasatan mendapati kotak yang didakwa mengandungi 'bom' itu sebenarnya berisi kek lapis Sarawak.

Dua daripada tiga penerbangan yang dijadual semula itu melibatkan laluan ke Kuala Lumpur manakala satu lagi ke Kota Bharu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut, dan memaklumkan lelaki berkenaan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

"Maklumat lanjut akan diberi dalam sidang media akan diadakan jam 3.30 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching," katanya.
 
Sumber: Bernama | 21 Julai 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan