SHAH ALAM: Rakyat yang berpendapatan kurang RM2,500 dan yang gagal untuk membuat pinjaman bank, kini mampu memiliki kediaman sendiri melalui konsep sewa dan beli Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, konsep ini akan dibentangkan ke Kabinet dalam masa terdekat bagi mendapatkan persetujuan.
Katanya, konsep ini akan memberi keutamaan kepada golongan miskin bandar dan bakal diperkenalkan di Lembah Subang 2 dan Gua Musang.
“Ini juga bagi mengatasi masalah sewa beli perumahan terutama yang tinggal di PPR. Ini kerana ramai yang layak untuk memohon tetapi gagal mendapat kelulusan pinjaman bank termasuk tidak mempunyai slip gaji kerana bekerja sendiri.
“Harga rumah PPR ialah RM35,000 di Semenanjung dan RM45,000 bagi Sabah dan Sarawak, namun tidak dapat dimiliki atas sebab-sebab tersebut dan akhirnya mereka tidak boleh memiliki kediaman sendiri,” katanya selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran KPKT dan UMNO Selangor di sini hari ini.
“Kita harap konsep ini akan mendapat persetujuan daripada Kementerian Kewangan apabila dibentangkan kelak,” ujarnya.
program itu membawa matlamat utama iaitu bagi memberi pengiktirafan kepada gerakan koperasi terutamanya terhadap sumbangan dan peranan koperasi dalam pembangunan ekonomi negara.
Sementara itu, Noh berkata, dalam menaik taraf kemudahan rumah PPR, pihaknya akan memperbaiki kemudahan lif di flat kos rendah di Desa Mentari, Petaling Jaya.
“Sebanyak RM500,000 telah diperuntukkan untuk membaiki kemudahan lif tersebut. Kita dapati keadaan kemudahan sangat daif dan menyedihkan,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 17 Julai 2016 | Terbitan 18 Julai 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan