Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 1 November 2017

Ekspres Perdana - Pengendali dan Perkhidmatan Pelanggan Terbaik 2017

Pengarah Urusan Bas Ekspres Perdana, Laili Ismail (tengah) bersama sebahagian daripada penerima hadiah tiket cabutan bertuah yang diadakan di pekarangan pejabat urusan Ekspres Perdana di Mukim Teluk Mesira, dekat sini hari ini. 
KOTA BHARU: Syarikat pengangkutan bas Ekspres Perdana terpilih untuk anugerah Pengendali Terbaik Kategori Bas Ekspres oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) selama dua tahun berturut-turut.

Pengarah Urusannya, Laili Ismail berkata, pada tahun ini juga Ekspres Perdana turut dianugerahkan sebagai Perkhidmatan Pelanggan Terbaik 2017.

“Tahun lalu kita dianugerah sebagai Pengendali Terbaik 2016 dan tahun ini kita menerima dua anugerah sekali gus iaitu anugerah Pengendali Terbaik dan Perkhidmatan Pelanggan Terbaik 2017,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis kesyukuran di atas penganugerahan tersebut yang diadakan di pekarangan pejabat urusan Ekspres Perdana di Mukim Teluk Mesira, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu juga seramai 80 pelanggan Ekspres Perdana menerima hadiah tiket cabutan bertuah bagi bulan Julai, Ogos, September dan Oktober 2017.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Ekspres Perdana, Wan Mohd. Faiz Wan Hamat dan Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Tengku Noor Hanan Tuan Ismail.

Hadiah cabutan tiket bertuah yang diadakan setiap dua bulan sekali itu berbentuk motosikal, basikal, telefon bimbit berjenama Samsung dan hamper.

Laili berkata, anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan selain suntikan berkesan dalam membangunkan perkhidmatan yang lebih berinovasi pada masa akan datang.

“Kami tidak menyangka akan menerima pengiktirafan yang sebesar ini, walau apapun ia adalah berkat kegigihan kami dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pengguna agar mereka sentiasa berasa selesa dan selamat dengan perkhidmatan yang disediakan,”katanya.

Tambah Laili, kriteria bagi melayakkan syarikatnya menerima anugerah tersebut dinilai oleh SPAD melalui beberapa peringkat.

Sumber: Utusan Online | Wilayah - Kelantan | 1 November 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan