Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 7 Februari 2017

Polis rampas daun ketum bernilai lebih RM10,000 di Tanah Merah

KOTA BHARU: Polis merampas 350 kilogram daun ketum bernilai RM10,540 dalam serbuan di kawasan semak di Kampung Jedok, Tanah Merah, semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata dalam serbuan pukul 4 pagi itu, dua lelaki berusia 24 dan 39 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati kesemua bekalan daun ketum itu diperoleh suspek dari negara jiran untuk edaran sekitar Tanah Merah, katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Ab Rahman berkata dua suspek terbabit ditahan selepas berlaku pergelutan ketika khemah tempat mereka bersembunyi diserbu sepasukan anggota polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tanah Merah.

Beliau berkata siasatan juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah methamphetamine.

Sumber: Bernama | 7 Feb. 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan