Mortaza (kanan) menunjukkan peta rancangan pembangunan Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Sering untuk dijadikan produk pelancongan baharu di Kelantan. |
KOTA BHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Persatuan Warisan Lembangan Sungai Pengkalan Datu (WASPADA) berkerjasama bagi melakukan penyelidikan dan memajukan Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Sering, di sini berasaskan warisan dan alam semula jadi.
Naib Canselor UMK, Datuk Dr Mortaza Mohamed, berkata penyelidikan itu membabitkan keluasan seluas 10 kilometer bermula di muara Pantai Senok sehingga ke Pasir Tumboh, dijangka mengambil masa tiga hingga lima tahun mengenai kesan sejarah di kawasan itu.
Katanya, Lembangan Sungai Pengkalan Datu pernah menjadi pelabuhan utama pada tahun 1605 di negeri ini sehingga memjadi tumpuan pedagang serta terkenal dengan aktiviti seni budaya.
Mortaza berkata, seramai 400 pelajar UMK dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Fakulti Seni Bina dan Ekistik (FEA) dan Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) terbabit dengan penyelidikan itu.
"Pelajar tahun akhir ini akan melakukan penyelidikan di sepanjang lembangan sungai sebagai tugasan akhir mereka bermula bulan ini dengan membuat kajian segera di setiap lokasi yang berpotensi dibangunkan.
"Kita juga menjangkakan lima hingga tujuh tesis dapat dihasilkan melalui projek ini yang akan dijadikan asas kepada pembangunan di Lembangan Sungai Pengakalan Datu," katanya ketika ditemui dalam perjumpaan UMK dan WASPADA di UMK Kampus Kota, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Datuk Dr Ibrahim Che Omar; Pengerusi WASPADA, Mohd Asri Husin dan Timbalan Pengerusi WASPADA, Sabari Abdul Rashid.
Mortaza berkata, sungai berkenaan sesuai dijadikan tarikan pelancongan baharu kerana kaya dengan pelbagai warisan baik dari segi sejarah mahupun kebudayaan penduduk sekitar.
Mortaza berkata, sungai berkenaan sesuai dijadikan tarikan pelancongan baharu kerana kaya dengan pelbagai warisan baik dari segi sejarah mahupun kebudayaan penduduk sekitar.
"Kita juga akan mendokumentasikan hasil kajian untuk dijadikan rujukan masa hadapan supaya warisan ini tidak hilang," katanya.
Sumber: Berita Harian Online | Semasa | 6 Feb. 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan