Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 6 Februari 2017

Satu kamera AES, 328 kesalahan dalam tempoh 10 hari

Mahasan Mustapa (kiri) sedang memeriksa kenderaan selepas sidang akhbar Ops Tahun Baharu Cina di Kota Bharu hari ini.
KOTA BHARU: Hanya satu kamera perangkap laju AES, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengesan 328 kes kesalahan memandu melebihi had yang ditetapkan dalam tempoh 10 hari.

Pengarah JPJ negeri, Mahasan Mustapa berkata, kamera tersebut dipasang dipasang di laluan Gua Musang - Kuala Krai pada 25 Januari lalu.

“Kita baharu sahaja memasang kamera keselamatan ini selama 10 hari, namun sudah banyak kes melibatkan had laju yang dikesan.

“Kesemua yang dikesan ini memandu melebihi had laju yang ditetapkan di laluan berkenaan iaitu 100 kilometer sejam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, jumlah kesalahan itu amat membimbangkan kerana memandu melebihi had laju menjadi salah satu punca utama kemalangan di negeri ini.

Di negeri ini terdapat kira-kira 13 kamera AES yang dipasang laluan-laluan utama. 

Sumber: Utusan Online | 6 Feb. 2017 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan