Masjid Beijing di Rantau Panjang Kelantan menjadi tarikan kerana reka bentuknya yang menarik. |
RANTAU PANJANG: Jika melalui jalan utama menuju ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Rantau Panjang, di sini, mata pasti tertumpu kepada sebuah bangunan merah berbumbung melengkung yang kaya dengan seni bina Cina purba.
Bangunan tersebut adalah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau turut digelar Masjid Beijing dan keindahan seni binanya diakui berjaya menggamit ramai pengunjung serta pelancong untuk ke situ.
Selain bentuk bumbungnya yang melengkung ke atas seakan-akan tokong, turut mencuri tumpuan ialah menara berbentuk serban disokong dengan lilitan unik di bahagian bawah.
Imam masjid itu, Mohsin Abdullah berkata, Masjid Beijing menyerupai Masjid Niujie di Beijing, China yang dipercayai berusia lebih daripada 1,000 tahun.
“Bangunan utama merupakan komponen terbesar dan mempunyai dua tingkat. Tingkat atas adalah ruang sembahyang utama yang dapat menempatkan 1,000 jemaah dalam satu-satu masa.
“Sementara itu, di tingkat bawah pula mempunyai ruang sokongan untuk kemudahan awam iaitu dewan serbaguna, dewan makan, klinik dan perpustakaan masjid. Terdapat empat pintu masuk ke bangunan masjid untuk mengelakkan kesesakan,” katanya.
Mohsin berkata, Masjid Beijing menyediakan ruang khas untuk penganjuran pelbagai aktiviti sampingan berbentuk sosial dan ekonomi selain bangunan tambahan yang menempatkan sebuah kelas untuk tadika dan kelas agama yang mampu memuatkan 30 pelajar.
Beliau berkata, kelas tahfiz, tajwid dan al-Quran turut diadakan bagi memberi pendidikan berbentuk keagamaan kepada generasi muda selain tazkirah yang diadakan pada setiap hari selepas solat zohor dan maghrib.
“Sepanjang bulan Ramadan pula, pelbagai aktiviti dijalankan termasuk majlis berbuka puasa, majlis tadarus dan khatam al-Quran serta solat tarawih.
“Program-program seperti ini bukan sahaja dapat membantu asnaf tetapi juga dapat mengeratkan lagi ukhwah antara penduduk kampung. Kita juga turut menjemput imam dari negara China mengimamkan solat tarawih di masjid ini,” katanya.
Mohsin berkata, kelab memanah serta ruang untuk aktiviti itu turut diwujudkan di masjid berkenaan yang terbuka kepada kanak-kanak seawal usia enam tahun selain turut membuka keahlian kepada golongan wanita.
“Pada setiap sesi memanah, para pemanah akan mendapat tunjuk ajar daripada tenaga pengajar berpengalaman dari Kelab Memanah Sunnah Kelantan.
“Idea menubuhkan kelab memanah ini tercetus apabila melihat ramai anak muda masa kini mempunyai peralatan memanah, tetapi tidak memiliki kemahiran untuk menggunakannya,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Wilayah - Kelantan | 16 Feb. 2017 | Terbitan 17 Feb. 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan