Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 3 November 2017

Masjid ‘Masjidilharam’ Gua Musang dijangka siap April 2018


Ab. Aziz Yusoff (kanan) meninjau projek pembinaan masjid baharu model Masjidilharam di Bandar Lama, Gua Musang, Kelantan, kelmarin.
GUA MUSANG: Masjid baharu menye­rupai model Masjidilha­ram yang menelan belanja RM27 juta di daerah ini dijangka siap selewat-lewatnya April tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab. Aziz Yusoff berkata, ketika ini, projek berkenaan telah siap sebanyak 36 peratus.

Katanya, pembinaan tersebut bakal menjadi sebuah mercu tanda baharu di daerah ini.

“Kemungkinan masjid ini akan siap sebelum April. Kita me­nyasarkan pada bulan Mac tahun hadapan masjid ini sudah boleh digunakan untuk beribadat.

“Dengan pembinaan masjid baharu ini kita harap dapat menampung bilangan penduduk untuk solat Jumaat, solat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta forum,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek pembinaan masjid itu di Bandar Lama di sini, semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang, Tuan Mustapha Tuan Soh.

Tambah Ab. Aziz, beliau tidak sabar mahu melihat rekaan masjid yang diilhamkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Raza­leigh Hamzah ini siap sepenuhnya dan digunakan oleh rakyat.

Katanya, apabila siap kelak, masjid ini juga akan dilengkapi dengan ruang kelas dan kursus, bilik komputer dan perpustakaan.

“Bangunan utama masjid ini juga akan mempunyai sembilan buah menara setinggi 30 meter yang menyerupai Masjidilha­ram,” katanya.

Sumber: Utusan Online | Wilayah - Kelantan | 2 November 2017 | Terbitan 3 November 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan