Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 1 November 2017

Pelajar sekolah terlibat dadah meningkat


Hasanuddin Hassan bergambar bersama sebahagian pelajar dalam Program Kelab Pencegahan Jenayah 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Kota Bharu hari ini.
KOTA BHARU: Jumlah tangkapan pelajar sekolah yang terlibat dengan penyalah gunaan dadah di negeri ini meningkat sebanyak 222 kes dalam masa 10 bulan tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, sebanyak 866 tangkapan melibatkan pelajar sekolah sehingga Oktober lalu yang merangkumi umur 15 hingga 18 tahun.

“Ini menunjukkan peningkatan jika diberbandingkan dengan tempoh yang sama tahun lepas iaitu sebanyak 644 tangkapan dibuat.

“Manakala bagi jenayah sebenar yang melibatkan pelajar pula berlaku sedikit penurunan jika dibandingkan dengan tahun lepas antaranya seperti jenayah rogol dan pecah rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kelab Pencegahan Jenayah 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Kota Bharu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengetua (SMK) Kota Bharu, Datin Tuan Maznah Tuan Ibrahim.

Dalam pada itu, Hasanuddin berkata, inisiatif penubuhan kelab pencegahan jenayah di sekolah amat penting bagi memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pelajar mengenai risiko berkaitan jenayah.

Sumber: Utusan Online | Wilayah - Kelantan | 31 Oktober 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan