Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, sebarang bantahan dan cadangan boleh dikemukakan sama ada agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun masyarakat kampung.
Abdul Fattah berkata, penghasilan draf tersebut yang mengambil masa lapan bulan adalah hasil kerjasama pelbagai pihak khususnya Jabatan Perancangan Bandar dan Desa serta MPKB-BRI.
“Draf RT ini adalah milik semua yang mana jika ada pihak tidak setuju mereka boleh mengemukakan bantahan terhadap sebarang syor dalam RT.
“Kita berharap RT dapat memenuhi hasrat menjadikan Kota Bharu sebuah bandar raya berimejkan Islam dan pusat pertumbuhan nasional di bahagian utara Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER),” katanya selepas Majlis Perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RT MPKB-BRI Kelantan 2035 (Penggantian) di sini hari ini.
Program itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Yang turut hadir, Yang Dipertua MPKB-BRI, Datuk Zamri Ismail.
Orang ramai boleh menyemak draf RT tersebut di tiga lokasi iaitu ruang legar MPKB-BRI; Jabatan Bandar dan Desa negeri dan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu.
Sumber: Utusan Online | Nasional | 15 November 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan