Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 5 November 2017

Projek naik taraf Jalan Tok Bok - Selising siap

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Razani Ab. Lazid (duduk) menandatangani dokumen penyerahan Projek Jalan Tok Bok ke Selising, Pasir Puteh (Fasa 2) sambil diperhatikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Azizan Mohd. Sidin (kiri) di sini hari ini.
MACHANG: Projek menaiktaraf Jalan Tok Bok ke Selising, Pasir Puteh bagi fasa dua di sini yang bernilai RM66 juta telah siap sepenuhnya.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Razani Ab. Lazid berkata, laluan sejauh 9.8 kilometer itu menjadi laluan alternatif kepada penduduk setempat untuk ke Pasir Puteh.

Menurutnya, secara keseluruhannya projek menaiktaraf Jalan Tok Bok ke Selising ini melibatkan laluan sejauh 15.5 km yang dilaksanakan menerusi dua fasa.

"Bagi fasa satu sejauh 5.7 km telah siap sepenuhnya pada tahun 2010 dengan peruntukan RM15 juta.

"Manakala untuk fasa dua pula, kerja-kerja awal telah bermula sejak September 2010 dan siap sepenuhnya pada 31 Oktober tahun lalu,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Jalan Tok Bok ke Selising, Pasir Puteh (Fasa dua) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Azizan Mohd. Sidin.

Razani berkata, projek menaiktaraf jalan berkenaan telah dilaksanakan mengikut piawaian R3 JKR termasuk pembinaan dua buah jambatan.

Sumber: Utusan Online | Wilayah - Kelantan | 5 November 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan