Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 5 November 2017

Kolej Komuniti perlu kreatif cari jalan pasarkan produk

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh bersama Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abd. Aziz (kiri) mencuba kuih tart yang dihasilkan oleh pelajar dalam bidang pastri selepas Majlis Perasmian Kolej Komuniti Tanah Merah hari ini.
TANAH MERAH: Warga Kolej Komuniti perlu melakukan pembaharuan bagi memastikan produk yang dihasilkan mampu dipasarkan secara meluas sehingga ke peringkat antarabangsa.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, langkah lebih agresif perlu dilakukan supaya produk yang dihasilkan warga kolej itu dapat menambat hati pembeli sekali gus mampu bersaing di pasaran terbuka.


“Kolej Komuniti selama ini memainkan peranan penting dalam memberi kemahiran kepada penduduk setempat. Sebagai contoh, Kolej Komunit Tanah Merah memberi tumpuan melatih masyarakat berkaitan pembuatan pastri.


“Dengan kemahiran ini, lakukanlah sesuatu yang baharu dan kreatif seperti mencari jalan untuk memasarkan kuih jala emas, ayam percik dan sebagainya ke luar negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolej Komuniti Tanah Merah di sini hari ini.


Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof Datuk Dr. Mohd. Ismail Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abd. Aziz.


Pembukaan Kolej Komuniti Tanah Merah itu menjadikan negeri ini telah memiliki empat Kolej Komuniti.

Sumber: Utusan Online | Nasional | 4 November 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan