Rohayu Mamat (kiri) bersama dengan Shamil Awang menunjukkan juadah nasi kerabu di House of Nasi Kerabu di Prima Gombak, Batu Caves, Selangor, baru-baru ini. |
Restoran yang berinspirasikan masakan air tangan ibu itu menjadikan premis makanan ini amat istimewa dengan kualiti yang sentiasa dititikberatkan oleh pemiliknya, Rohayu Mamat.
Dibuka pada pukul 11 pagi hingga 11 malam setiap hari, restoran di Taman Seri Gombak, Batu Caves Selangor itu menawarkan menu menyelerakan seperti Nasi Kerabu Narathiwat Udang Galah XXL, Nasi Kerabu Ketam Nipah, Nasi Kerabu Tumis Jumbo, Laksam Kelantan dan nasi dagang.
Rohayu berkata, kesemua hidangan istimewa itu dimasak mengikut resipi ibunya dengan menggunakan rempah ratus khas turun-temurun keluarga.
“Inilah rahsia keenakan masakan di restoran kami, resipi warisan yang menghasilkan hidangan lebih sedap dan menepati cita rasa pelanggan.
“Restoran ini beroperasi sejak tujuh tahun lepas dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan. Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan rasa dan harga yang kami tawarkan iaitu antara RM6.80 hingga RM78.90,” katanya.
Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh melayari laman sosial Facebook restoran itu menerusi carian House of Nasi Kerabu dan boleh hubungi di talian 017-555 9782 atau 012-368 9782 untuk perkhidmatan katering.
Sumber: Utusan Malaysia | Wilayah - KL & Putrajaya | 18 November 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan