Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 1 Ogos 2013

Kelantan tiada angka rasmi pengikut Syiah

KOTA BHARU, 31 Julai: Kerajaan Negeri Kelantan tidak mempunyai angka rasmi pengikut syiah di negeri ini walaupun Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) mendakwa jumlahnya adalah kira-kira 1,000 orang.
  
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata jumlah yang dilaporkan mungkin berdasarkan daripada pemantauan dan juga pemerhatian JAHEAIK.
  
"Rekod rasminya tiada cuma kita dengar ada orang yang mengamalkan fahaman syiah tetapi tidak ada angka dan juga senarai yang rasmi," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.
  
Beliau berkata Pas sendiri berpegang teguh kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menolak sama sekali fahaman syiah.
  
"Presiden (Pas) juga pernah menyebut mana-mana ahli Pas yang berpegang kepada syiah, mereka diminta untuk keluar daripada Pas kerana pegangan ini menyeleweng daripada agama dan akidah orang Islam," katanya.

Mohd Amar berkata setakat ini tiada laporan dibuat mengenai pimpinan dan anggota Pas termasuk di negeri itu yang mengamalkan ajaran syiah.
  
"Kalau ada laporan kita akan siasat dan sekiranya ada bukti ada dalam kalangan ahli Pas yang mengamalkan syiah kita akan pecat," katanya.
  
Sementara itu, Mohd Amar berkata isu air di negeri ini masih dalam proses penyelesaian dan beberapa tempat yang mengalami masalah air yang serius telah diselesaikan.
  
"Beberapa tempat seperti Mengkebang, Kuala Krai dan Tumpat masih dalam proses pemantauan sebelum tindakan lanjut dilakukan," katanya.

Sumber: BERNAMA | 31 Julai 2013 |

1 ulasan:

  1. https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk


    Salam


    Kepada:

     

    Redaksi para akademik


    Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan


    Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari: almawaddah. info

    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


    Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan. 

    BalasPadam