Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 11 November 2016

Jawatankuasa khas kendali persiapan hadapi banjir di Machang

MACHANG: Sebuah jawatankuasa khas peringkat Parlimen Machang ditubuhkan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlaku banjir di kawasan itu.

Anggota Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata jawatankuasa itu berperanan membantu Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana peringkat Jajahan Machang.

"Ini memandangkan Machang berpotensi dilanda banjir kerana lokasinya menjadi laluan air Sungai Kelantan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Pok Roman di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, Ahmad Jazlan menyampaikan 100 bungkusan bahan makanan kepada penduduk miskin di kawasan Parlimen itu.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata jawatankuasa itu akan dibantu 66 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan sebaik banjir diisytiharkan melanda di kawasan berkenaan.

"Sebanyak 26 buah bot sudah ditempatkan di beberapa kawasan rendah yang mudah dinaiki air untuk memindahkan mangsa ke pusat pemindahan," katanya.

Beliau berkata jawatankuasa berkenaan akan memastikan pelbagai bantuan untuk mangsa banjir dapat disalurkan dengan lebih teratur dan berkesan.

Sumber: Bernama | 11 November 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan