PASIR PUTEH: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan The 3rd Force akan membina sebuah rumah untuk seorang warga emas yang tinggal di bawah jambatan di Kampung Sungai Durian di sini.
Aktivis masyarakat yang juga pengasas The 3rd Force, Raja Shamri Raja Husin, berkata UMK sudah memberi persetujuan membina rumah untuk warga emas terbabit, Abdullah Mat Jusoh, 78, dengan anggaran peruntukan RM20,000 dalam masa terdekat.
"Persetujuan mengenainya dicapai hasil masyuarat bersama yang diadakan antara pihak kami dengan UMK menerusi Fakulti Seni Bina, semalam," katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan Abdullah yang tidak mempunyai keluarga, tinggal bersendirian di bawah jambatan di kampung itu sejak setahun lepas setelah tidak mampu membina rumah sendiri.
Sebelum ini, Abdullah tinggal di sebuah pondok di kawasan kebun getah berdekatan namun disebabkan strukturnya telah runtuh, dia berpindah ke bawah jambatan tersebut.
Raja Shamri berkata pihaknya sedang menunggu kelulusan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan untuk mendapatkan tanah milik jabatan itu untuk dijadikan tapak rumah.
"Kita sudah mengenal pasti tapak tersebut yang terletak berhampiran dengan jambatan di kampung itu dan berharap dapat dipertimbangkan oleh JPS," katanya.
Sumber: Bernama | 09 November 2016

Tiada ulasan:
Catat Ulasan