PASIR PUTEH: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan memperuntukkan RM15 juta bagi kerja-kerja penstabilan tebing sungai untuk mengurangkan impak banjir di negeri ini.
Pengarahnya Shahimin Sharif berkata selain itu, pembersihan dan pengorekan semula dasar sungai yang cetek turut dilakukan bagi membolehkan air dapat mengalir dengan lancar ke Laut Cina Selatan.
"70 peratus daripada 180 projek fizikal bagi dua tujuan tersebut telah disiapkan manakala baki 30 peratus akan disiapkan pada bulan ini dan Disember depan," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata JPS telah menyediakan jadual bertugas 24 jam untuk semua kakitangannya sebagai langkah bersiap sedia berdepan banjir.

Sumber: Bernama | 6 November 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan