Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 23 November 2016

Mohd Fared presiden baharu Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan

KOTA BHARU: Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani dilantik sebagai presiden baharu Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan (PBNK).

Mohd Fared menang tanpa bertanding jawatan tersebut pada mesyuarat agung persatuan itu di sini, semalam.

Beliau menggantikan penyandang jawatan itu Salleh Mohamad yang melepaskan jawatan berkenaan.

Penyandang bagi jawatan Timbalan Presiden PBNK Ahmad Zhaini Mohd Zain turut mengekalkan jawatannya itu tanpa bertanding.

Dalam pada itu, Mohd Fared berkata PBNK merancang mewujudkan lebih banyak persatuan berbasikal peringkat daerah untuk melahirkan ramai pelumba.

"Sehingga kini hanya terdapat lima persatuan peringkat daerah iaitu di Pasir Puteh, Tumpat, Bachok, Kota Bharu dan Pasir Mas," katanya.

Sumber: Bernama | 23 November 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan