Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab. Aziz Yusoff (kiri) meninjau projek CSR Mentara-Merapoh yang bakal disiapkan menjelang tahun 2019, hari ini. |
Pembinaan jalan baharu bagi fasa pertama sejauh lima kilometer itu membabitkan kos sebanyak RM130 juta bagi menghubungkan Kampung Mentara dan Merapoh.
Manakala, peruntukan tambahan sebanyak RM230 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2018 baru-baru ini adalah bagi meneruskan projek jalan dari Kampung Relong, Merapoh ke Gua Musang iaitu sejauh 20 kilometer.
Seorang penduduk Mentara Lama, Norafri Mohd. Nor, 39, berkata, projek itu dapat memendekkan waktu perjalanan penduduk yang tinggal di negeri Pahang dan Kelantan.
Katanya, CSR juga menyumbang kepada peningkatan bilangan penduduk apabila pelbagai manfaat bakal diperoleh khususnya dalam bidang pembangunan, ekonomi dan sosial.
“Kami begitu gembira dan tidak sabar mahu melihat jalan ini siap dan menggunakannya.
“Saya melihat pelaksanaan jajaran CSR yang melibatkan laluan sepanjang 20 kilometer bermula dari Gua Musang hingga ke Merapoh boleh diibaratkan seperti sebuah impian yang sudah lama kami mahukan,” katanya di sini hari ini.
Sumber: Utusan Online | Nasional | 30 Oktober 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan