Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 31 Julai 2016

Bomba Kelantan tingkatkan pemeriksaan pondok pengajian agama

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan akan memeriksa setiap pondok pengajian agama di negeri ini bagi memastikan pemiliknya mematuhi ciri-ciri pencegahan kebakaran.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata pihaknya memandang serius kebakaran yang melibatkan pusat pengajian agama ala tradisional itu kerana ia menyebabkan kemusnahan serta kerugian dalam skala besar.

"Kita akan melakukan lawatan dan memantau sebanyak empat kali dalam setahun ke atas setiap pondok bagi mengetahui keadaan keselamatan terutamanya sistem pendawaian elektrik bagi mengelakan berlakunya kebakaran," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong di sini, hari ini.

Azmi berkata dalam beberapa kes kebakaran yang melibatkan pusat pengajian agama tersebut sebelum ini, pihaknya mendapati ia berpunca daripada kelemahan dalam aspek pendawaian elektrik.

"Selalunya kebakaran akan mengakibatkan kerugian besar kerana 60 peratus struktur sesebuah pondok adalah daripada bahan yang mudah terbakar iaitu kayu dan jarak antara sesebuah pondok terlalu rapat," katanya.

Katanya setakat ini terdapat 46 pondok pengajian agama yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan beliau percaya masih banyak lagi yang belum berdaftar.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan MAIK dan pemilik pondok bagi memperbaiki kelemahan khususnya daripada aspek keselamatan kebakaran dalam tempoh terdekat.

Sumber: Bernama | 31 Julai 2016

Projek pembinaan Hospital Bachok bermula September ini

KUALA LUMPUR: Projek pembinaan sebuah hospital daerah di Bachok akan bermula September ini setelah Cawangan Kerja Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku agensi pelaksana telah dimaklumkan bahawa pihak JKR dalam proses menyediakan surat setuju terima kepada kontraktor yang dilantik. 

Projek pembinaan hospital tanpa pakar dengan 76 katil ini melibatkan kos kira-kira RM141 juta dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh 36 bulan, iaitu pada September 2019. 

Projek hospital daerah ini merupakan salah satu projek yang sebenarnya tersenarai di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9: 2006 - 2010) tetapi dalam tempoh Rancangan Malaysia tersebut ia hanya melibatkan proses pengambilan balik tanah. 

Namun, projek ini disenaraikan semula untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11: 2016 - 2020). Bachok merupakan satu-satunya jajahan utama di Kelantan yang masih belum dilengkapi dengan kemudahan hospital daerah. 

Sumber: Gerbang KBBRI | www.kbbri.blogspot.com

Projek mendalamkan Terusan Semerak bermula Mac tahun depan

BACHOK: Projek mendalamkan Terusan Semerak di Tok Bali, Pasir Puteh bernilai RM20 juta akan mula dilaksanakan pada Mac tahun depan.

Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Kemasin Semerak (IADA) Mohamad Kaberi Ghani berkata projek itu yang dijangka siap pada 2018, bertujuan membolehkan bot nelayan yang lebih besar melalui terusan sepanjang 7.5 kilometer itu.

Pada masa ini, paras kedalaman terusan berkenaan adalah lima meter dan akan diperdalamkan lagi sehingga lapan meter, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pejabat IADA di sini hari ini.

Terusan Semerak merupakan nadi utama kepada pembangunan bandar perikanan di Tok Bali dan memberi kemudahan kepada lebih 300 bot nelayan laut dalam dan nelayan tradisional mendaratkan hasil tangkapan di Pelabuhan Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali.

Mohamad Kaberi berkata Kerajaan Persekutuan juga meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi mendalamkan Sungai Gali di Beris Lalang di sini mulai tahun depan.

Mohamad Kaberi berkata pada masa ini, sungai berkenaan hampir tertimbus dengan pasir dan lumpur dan berada dalam keadaan kritikal terutama apabila musim kemarau.

"Antara 50 dan 70 nelayan tradisional terpaksa bergotong-royong menolak bot mereka keluar ke laut dan masuk semula ke jeti setiap hari berikutan paras air sungai berkenaan yang cetek," katanya.

Sumber: Bernama | 31 Julai 2016

Pemancing hilang bot terbalik di Sungai Kelantan

KOTA BHARU: Seorang pemancing dilapor hilang selepas bot yang dinaikinya terbalik dihanyut arus deras Sungai Kelantan berhampiran Rumah Pam Kemubu Lembaga KADA di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Penolong Penguasa Bomba Mohd Rafain Mohd Zain berkata mangsa dikenali sebagai Zaini Harun, 30-an.

Sementara dua rakan mangsa iaitu Mohd Riduan Mat Ali, 36, dan Mohd Sukri Zailani, 32, selamat.

"Mereka diselamatkan oleh anggota bomba ketika sedang berpaut pada timbunan kayu yang hanyut berhampiran rumah pam air berkenaan pada pukul 12.40 tengah malam," katanya.

Sumber: Bernama | 31 Julai 2016

Kerajaan Negeri Kelantan biayai penerbangan domestik bakal haji

Mohd Nassurudin Daud 
KOTA BHARU: Lebih 1,500 bakal jemaah haji dari Kelantan bernasib baik memandangkan kos penerbangan domestik Kota Bharu – Kuala Lumpur ditaja kerajaan negeri.

Tahun ini sebanyak RM500,000 lagi disumbang Kerajaan Negeri Kelantan bagi meringankan bebanan kewangan bakal haji.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Datuk Mohd Nassurudin Daud berkata perbelanjaan itu termasuk kos pengurusan membabitkan Tabung Haji (TH) dan Malaysia Airports Holdings Berhad.

Katanya, jemaah haji Kelantan akan mendaftar masuk di Kompleks Islam Panji berdasar jadual ditetapkan TH.

“Kos pengurusan itu ditanggung kerajaan negeri bagi kali kedua selepas pembiayaan dilakukan bermula tahun lepas.

“Apa yang kami lakukan untuk memudahkan bakal haji yang akan menunaikan ibadat itu tahun ini.

“Mereka tidak lagi perlu beratur panjang untuk mendaftar dan dibawa pula ke Kelana Jaya sebelum meneruskan penerbangan ke Jeddah atau Madinah,” ujarnya di sini.

Mulai tahun lepas jemaah haji dari Kelantan mendaftar masuk di Kompleks Islam Panji termasuk urusan pasport tanpa perlu lagi berkumpul di Kelana Jaya.

Sumber: Harakah Daily | 20 Julai 2016

OKU hilang sedang dicari

Mohd Aminuddin menunjukkan gambar abangnya, Mohd Ridzuan yang sudah tujuh hari hilang dan tidak dapat dijejaki.
PASIR MAS: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dipercayai hilang bersama motosikalnya sejak tujuh hari lalu.

Mohd Ridzuan Mohd Nor, 42, yang mengalami kecacatan di bahagian kaki kanan akibat kemalangan 20 tahun lalu, disedari hilang apabila tidak pulang ke rumah sehingga semalam.

Adiknya, Mohd Aminuddin, 33, berkata, kali terakhir ahli keluarganya melihat abangnya itu ialah pada Ahad lalu kira-kira jam 2 petang di Kampung Kubang Gatal.

“Pada hari tersebut, isteri saya ada berselisih dengan abang dan dia menunggang motosikal jenis Honda Wave warna perak nombor pendaftaran DBG 6737. Biasanya paling lewat dia akan balik ke rumah dalam jam 11 malam sebab abang suka keluar bersiar-siar dengan motosikalnya sambil beli makanan. Abang tinggal sendirian di rumahnya yang terletak bersebelahan rumah kami,” katanya.

Menurutnya, apa yang merisaukan mereka sehingga kini, Mohd Ridzuan tidak muncul dan tidak dapat dihubungi melalui telefon bimbitnya.

Tambahnya, mereka juga musykil kerana Mohd Ridzuan langsung tidak menghubungi sesiapa dalam kalangan ahli keluarga.

Mohd Aminuddin berkata, abangnya itu menghafal dan mengingati semua nombor telefon adik beradik mereka.

“Kami dah cari abang di sekitar kawasan di Pasir Mas dan hospital serta masjid... tapi, sampai sekarang masih tak jumpa. Laporan polis pun kami dah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas pada Jumaat lalu kira-kira jam 5 petang.

“Kami harap orang ramai sudi tolong. Jika ada yang terlihat abang saya, diharap dapat hubungi kami. Dia rendah, berkulit putih, suka memakai topi dan kaki kanannya tempang,” katanya.

Menurutnya, orang ramai boleh menghubungi mereka di talian 019-339 6096 atau 019-9943748 jika ada terjumpa atau pernah melihat kelibat abangnya itu.

Katanya, mereka sekeluarga merayu kepada orang ramai sudi bersama-sama membantu mencari abang yang sangat disayangi itu.

“Kami takut jika dia diapa-apakan oleh mereka yang berniat jahat kerana abang sangat lurus orangnya. Sebelum ni pernah ada kes dia dikejar orang tak dikenali sebab disyaki mereka nak ambil motosikal dia,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 31 Julai 2016

Pengguna merungut bekalan air kurang di Jalan Panji, Kota Bharu

Keadaan air yang berkarat dalam tong simpanan air.
KOTA BHARU: Hampir 20 pengguna termasuk kakitangan MYEG, klinik dan kedai di Jalan Panji di sini terpaksa menggunakan air botol, selain air paip di masjid berhampiran selepas mengalami masalah bekalan air sejak tiga bulan lalu.

Masalah itu berlarutan selepas Aidilfitri lalu sehingga menyebabkan air dalam tong turut berkarat.

Seorang pekerja, Dinnie Zainuddin, 27, berkata, masalah terbabit menyukarkan urusan pekerja untuk mengambil wuduk, menggunakan tandas dan pelbagai urusan lain.

“Kami terpaksa ke masjid berdekatan dan membeli bekalan air dalam botol bagi mendapatkan bekalan air.

“Perkara ini telah diajukan kepada pihak berwajib, namun selepas mereka melakukan pemeriksaan meter, bekalan air masih kurang dan menurut mereka tekanan air rendah di kawasan ini,” katanya.

Seorang lagi pekerja, Nurhaniza Nuzam, 32, berkata, masalah itu perlu ditangani segera memandangkan ia menyukarkan mereka sejak berbulan lamanya.

“Kami harap masalah air di kawasan ini akan kembali pulih seperti sedia kala dan tekanan air juga bertambah baik,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 31 Julai 2016

Geng curi kelapa di Bachok tumpas

Anggota AADK menunjukkan sebuah kereta milik suspek yang dipenuhi kelapa.
BACHOK: Kegiatan mencuri kelapa di kebun sekitar Bachok kini yang semakin membimbangkan membuatkan orang ramai membuat banyak laporan kepada pihak berkenaan untuk tindakan drastik.

Hasil siasatan selama seminggu, pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berjaya memberkas 15 lelaki yang disyaki penagih dadah dalam operasi yang dilakukan kelmarin.

Ketua Pegawai AADK Bachok, Abdullah Ali berkata, operasi di Kampung Nipah itu berjaya menemui lokasi jualan kelapa yang dipercayai dicuri di sekitar daerah ini.

“Daripada 15 lelaki yang ditahan, 10 orang adalah positif ujian urin saringan dadah jenis pil kuda (methamphetamine). Semua suspek yang ditahan berumur di antara 20 hingga 47 tahun.

“Kami percaya Kampung Nipah ini lokasi tumpuan mereka menjual kelapa curi dengan anggaran harga RM0.90 atau RM1 sebiji. Ada di antara mereka yang membawa kelapa dengan motosikal dan kereta,” katanya.

Semua suspek ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagihan Dadah (rawatan dan pemulihan) 1983.

Abdullah berkata, operasi yang bermula dari jam 11 pagi hingga 4 petang itu disertai anggotai seramai 10 orang anggota AADK diketuai oleh Unit Penguatkuasaan AADK Bachok.

Beliau berkata, Operasi Perangi Pil Kuda (PPK) akan diteruskan di seluruh daerah ini dan berharap masyarakat akan terus memberi sokongan dan kerjasama bagi mengurangkan masalah penagihan dadah.

24 Jun lalu juga dilaporkan terdapat seorang lelaki yang terjatuh dari pokok kelapa setinggi 14 meter dalam cubaan mencuri kelapa ketika umat Islam bersiap sedia untuk berbuka puasa di Kampung Tanjung Jenera, Beris Kubur Besar.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 29 Julai 2016

60,000 penagih dadah di Filipina serah diri

Kira-kira 60,000 orang penagih ditahan selepas Duterter mengeluarkan ancaman bunuh. Foto: EPA
MANILA: Kira-kira seramai 60,000 orang penagih dadah di Filipina telah menyerahkan diri kepada kerajaan selepas Presidennya, Rodrigo Duterte memberi ugutan untuk membunuh pengedar dan penagih dadah di negara berkenaan.

Duterte yang diberi gelaran sebagai ‘The Punisher’ telah memenangi pilihan raya pada Mei lalu dan beliau berjanji akan mengenakan tindakan undang-undang yang keras di atas semua kesalahan penyalahgunaan dadah.

"Keturunan ini telah memusnahkan anak-anak kita. Saya memberi amaran kepada anda semua agar jangan terlibat dalam penyalahgunaan dadah walaupun anda merupakan seorang anggota polis kerana saya benar-benar akan membunuh anda,” kata Duterte dalam ucapannya di ibu negara berkenaan.

Presiden Komunikasi Pejabat Setiausaha, Martin Andanar berkata, hampir 60,000 orang penagih telah menyerah diri kepada pihak berkuasa sejak kempen terhadap dadah dipergiatkan di bawah pentadbiran Duterte.

Selain daripada itu, polis turut mengesahkan bahawa pihaknya telah membunuh lebih daripada 110 orang suspek sejak Duterte berkuasa manakala laporan berita tempatan menunjukkan bahawa angka berkenaan adalah sekitar 200 orang.

Menurut laporan tempatan, sekurang-kurangnya 43,000 orang pengedar dadah telah diadili dan 300 kilogram syabu juga berjaya dirampas.

Difahamkan, Duterte turut memberi amaran berhubung pertumpahan darah yang akan berlaku secara meluas sebagai sebahagian daripada perang kerajaan terhadap pengedaran dadah di negara berkenaan.

Menurut laporan akhbar South China Morning Post, semasa kempen pilihan raya yang lalu, Duterte turut berikrar bahawa sekitar 100,000 orang penagih bakal mati dan mayat mereka akan dibuang di Manila Bay untuk dijadikan makanan kepada ikan.

Selain itu, Duterte turut memberi jaminan kepada polis untuk melindungi mereka daripada ugutan oleh pengedar dadah di negara tersebut.

Sumber: Daily Mail | 31 Julai 2016

JPNIN Kelantan turut bantu sedarkan masyarakat berkaitan ancaman pengganas

KOTA BHARU: Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Kelantan akan menggunakan pelbagai medium dan program jabatan itu bagi menyalurkan maklumat berhubung ancaman pengganas di Malaysia.

Pengarahnya Salasiah Hashim berkata kesiapsiagaan itu penting walapun masih belum ada kes membabitkan militan Daesh di Kelantan.

"Secara dasarnya kita telah memperkasakan jentera dan pegawai dengan maklumat yang secukupnya berhubung perkara ini untuk diuar-uarkan kepada masyarakat terutama melalui program membabitkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) supaya masyarakat sedar akan adanya ancaman ini.

"Maklumat juga dikongsi melalui mesyuarat pengurusan bersama pengerusi- pengerusi KRT seluruh negeri yang menjadi medium utama penyampai maklumat kepada golongan akar umbi," katanya kepada Bernama di Majlis Pelancaran Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT Pasir Hor di sini, hari ini.

Salasiah berkata peranan jabatan tersebut kini bukan hanya memberi fokus kepada isu perpaduan dan keharmonian tetapi meluas kepada isu sejagat lain termasuk ancaman pengganas.

Beliau berkata kini terdapat 459 KRT di Kelantan dan 431 SRS akan digerakkan dari semasa ke semasa sebagai 'mata dan telinga' kerajaan menangani pelbagai isu sejagat.

Sumber: Bernama | 30 Julai 2016

Khamis, 28 Julai 2016

Kelantan dicadang bina empangan selesaikan masalah bekalan air

MACHANG: Kerajaan Kelantan dicadangkan membina empangan di kawasan hulu negeri ini, bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi penduduk.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata bekalan air yang sering terputus dan berwarna kekuningan di sesetengah kawasan menyukarkan urusan harian penduduk.

"Keadaan tersebut bertambah kritikal pada sambutan Hari Raya Aidilfitri awal bulan ini apabila ramai rakyat Kelantan yang bekerja di luar pulang untuk menyambut hari raya bersama keluarga di kampung," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di sini, hari ini.

Kira-kira 15,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat terutamanya yang tinggal di jajahan Machang menghadiri majlis itu.

Ahmad Jazlan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata Kerajaan Persekutuan akan terus membantu kerajaan negeri dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.

Anggota Parlimen Machang itu juga berkata sudah sampai masanya kerajaan negeri 'duduk semeja' dengan Kerajaan Persekutuan yang sentiasa membuka pintu rundingan bagi membantu menyelesaikan sebarang masalah, demi faedah rakyat.

Selain sumber air sungai, bekalan air di negeri ini turut diperoleh daripada telaga tiub.

Sumber: Bernama | 28 Julai 2016

Remaja maut terjatuh bot ketika memancing

TUMPAT: Seorang remaja maut selepas terjatuh dari bot yang dinaikinya dan terkena kipas enjin bot berkenaan ketika keluar memancing bersama seorang rakan di Pantai Geting di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt Zaharudin Rasid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa Mohammad Faiz Wahib, 18, bersama rakannya Mohd Azwa Mat Nor dipercayai gagal mengimbangi bot yang mereka naiki akibat angin kencang.

"Mohd Azwa berjaya menyelamatkan diri dengan menaiki kembali bot terbabit manakala Mohammad Faiz tidak dapat menyelamatkan diri kerana mengalami kecederaan akibat terkena kipas enjin bot tersebut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zaharudin berkata Mohammad Faiz yang mengalami luka di bahagian telinga kanan, dahi dan kaki kiri, meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 9.45 malam dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat.

Beliau menasihatkan orang ramai yang ingin memancing memastikan keadaan laut tidak bergelora.

Sumber: Bernama | 28 Julai 2016

Rabu, 27 Julai 2016

3,000 pengunjung dijangka hadir majlis Aidilfitri JPP Kelantan

KOTA BHARU: Seramai 3,000 pengunjung dijangka menghadiri majlis Hari Raya Aidilfitri Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di Tanjung Chat, Sabtu ini.

Pengarahnya Datuk Makhtar Mustapha berkata ia adalah kali pertama jabatan berkenaan mengadakan majlis Hari Raya Aidilfitri, dan terbuka kepada masyarakat terutama yang tinggal di Kota Baharu.

"Kami juga menjemput kakitangan jabatan kerajaan Persekutuan terutama yang berkhidmat di jajahan ini bagi memeriahkan lagi majlis tersebut," katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya Aidilfitri Jabatan Penyiaran Kelantan hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Penyiaran Kelantan Mohd Roslee Mohd Salleh.

Makhtar berkata majlis Hari Raya Aidilfitri itu dijangka dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Jazlan Yaakub dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Sementara itu, Roslee berkata selain majlis Hari Raya Aidilfitri, pihaknya juga merancang mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidiladha.

Beliau berkata program yang dirangka itu bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara kakitangan jabatan itu dengan agensi kerajaan Persekutuan lain.

Sumber: Bernama | 27 Julai 2016

Pembangunan bandar Islam di Tok Bali perlukan kerjasama kerajaan negeri dan pusat

PASIR PUTEH: Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan perlu bekerjasama dalam rancangan mewujudkan bandar Islam di Tok Bali di sini yang melibatkan kos kira-kira RM950 juta.

Anggota Dewan Undangan Negeri Semerak Zawawi Othman berkata kerjasama itu perlu kerana kedua-dua pihak mempunyai peranan terutama membabitkan tanah dan penyediaan infrastruktur.

"Pelaksanaannya perlu diteliti agar projek itu mampu disertai oleh golongan Bumiputera khususnya orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan khas dan sambutan Aidilfitri anjuran Yayasan Fatima Az Zahara di sini, hari ini.

Zawawi yang juga Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Pasir Puteh, berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Ketua Jajahan Pasir Puteh Mohd Anis Hussien berhubung pembangunan projek bandar Islam itu.

Sebelum ini, Mohd Anis dilaporkan berkata projek tersebut yang bakal dibangunkan oleh Aimfora Holdings Sdn Bhd, dalam proses mendapatkan kelulusan pengambilan balik tanah seluas 140 hektar daripada kerajaan Kelantan.

Antara komponen projek itu ialah pusat kewangan Islam, pusat komersial Zheng Ho, taman hijau dalam bandar, pusat ilmu, perumahan eksklusif, perumahan kos sederhana, masjid dan hospital.

Sumber: Bernama | 27 Julai 2016

Pelajar ponteng dicekup bersama 12,000 pil kuda bernilai RM200,000

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar Tingkatan Lima dicekup bersama kira-kira 12,900 biji pil kuda bernilai hampir RM200,000 di Kampung Dalam Kedai Buluh di sini Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supt Roslan Tahir berkata remaja tersebut diberkas di rumah keluarganya.

Beliau berkata dadah itu ditemukan dalam tiga bungkusan seberat 1,269.33 gram. Pelajar itu dikatakan tidak hadir ke sekolah sejak 10 Julai lalu. Dia dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran sejak tiga bulan lepas.

Roslan berkata tangkapan dan rampasan tersebut telah melumpuhkan aktiviti pengedaran pil kuda khusus di Chendering dan Kuala Terengganu.

Beliau berkata pihaknya juga percaya remaja tersebut menyimpan dadah itu yang didalangi individu lain.

"Ini adalah rampasan terbesar di negeri ini setakat ini dan kita percaya dengan tangkapan dan rampasan tersebut aktiviti pengedaran pil kuda dapat dilumpuhkan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca bekalan dan tidak menolak kemungkinan terdapat rangkaian aktiviti pengedaran pil kuda berdasarkan jumlah rampasan yang banyak," katanya.

Tambahnya, pihaknya sedang mengenal pasti anggota rangkaian dan gerakan memburu mereka yang terlibat sedang giat dijalankan.

Sumber: Bernama | 27 Julai 2016

Selasa, 26 Julai 2016

KPDNKK Kelantan kesan pemborong ayam beroperasi tanpa permit

GUA MUSANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan mengenal pasti terdapat segelintir pemborong ayam yang beroperasi tanpa permit sah di negeri itu.

Pengarahnya Datuk Ab Ghani Harun berkata pihaknya sedang memantau perkara berkenaan dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pemborong berkenaan setelah mendapat bukti mencukupi.

"Siasatan awal kita mendapati pemborong ayam haram ini beroperasi tanpa membuat sebarang permohonan memborong ayam daripada agensi ini, selain turut bebas memasarkan ayam ke dalam pasaran di negeri ini.

"Kita akan bertindak sebaik bukti mencukupi kerana kita tak mahu pemborong ayam haram ini menggugat pasaran dengan menjual ayam tanpa sebarang kawalan," katanya kepada pemberita selepas meninjau sebuah ladang ternak ayam daging di Kampung Lepan Jaya di sini, hari ini.

Ab Ghani berkata banyak masalah timbul ekoran kewujudan pemborong ayam tanpa permit di negeri ini terutama dari segi harga dan pemasaran yang tidak selaras.

Kelantan mempunyai sebanyak 207 ladang ternakan ayam, selain 80 premis pemprosesan ayam dan 756 peruncit yang beroperasi di negeri ini.

Ditanya mengenai bekalan ayam menjelang Aidiladha September depan, Ab Ghani berkata ia akan mencukupi dan akan berdepan sedikit kenaikan harga berikutan kos penternakan yang semakin tinggi.

Selain itu, beliau berkata penternak juga berdepan masalah membesarkan ayam-ayam mereka kerana tempoh yang pendek antara Aidiladha dan Aidilfitri awal bulan ini.

"Tetapi kita yakin penternak mempunyai cara bagi mengatasi masalah tersebut kerana telah lama berdepan situasi begini," katanya.

Sumber: Bernama | 26 Julai 2016

Penduduk Batu Melintang mahu pagar elektrik elak gajah masuk kampung

JELI: Penduduk di Mukim Batu Melintang di sini, mahu pihak berkaitan mengambil tindakan segera dengan membina pagar elektrik bagi menyelesaikan masalah gajah yang menceroboh beberapa perkampungan di kawasan berkenaan.

Wakil penduduk Aidi Abdul Rahman, 50, berkata ia bagi mengelak anak pokok getah serta tanaman kontan seperti pisang dimusnahkan oleh haiwan liar berkenaan terutama di Kampung Salor, Dendong dan Batu 6 di sini.

"Setakat ini memang telah ada pagar elektrik sepanjang 10.5 kilometer dan setinggi 2.5 meter yang dibina dari Kampung Lata Janggut ke Kampung Batu Melintang, namun ia masih gagal mengawal kehadiran gajah di kawasan ini.

"Pihak berkaitan diharap dapat membina tiga kilometer lagi pagar elektrik yang turut menggunakan tenaga solar bagi mengelak masalah sama berulang," katanya ketika ditemui Bernama di Kampung Dendong di sini, hari ini.

Aidi berkata kos bagi membina tiga kilometer pagar elektrik itu dianggarkan sekitar RM20,000 dan ia dijangka dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu penduduk sejak sekian lama.

"Sekiranya pagar itu dapat disambungkan dengan segera, ia sedikit sebanyak dapat menghalang dua atau tiga ekor gajah yang sering memasuki kampung menerusi laluan tidak berpagar itu.

"Kami risau kerana jika tiada tindakan segera, gajah-gajah ini dikhuatiri akan mengancam nyawa serta harta-benda penduduk pula," katanya.

Penduduk Kampung Salor Fauzi Sulaiman, 51, berkata gajah liar sering dilihat berkeliaran di kawasan kampungnya sehingga menakutkan penduduk yang bekerja sebagai penoreh getah.

"Kami terpaksa berhati-hati apabila mahu melakukan aktiviti harian itu kerana dikhuatiri terserempak dengan kumpulan gajah berkenaan yang mungkin akan mengancam nyawa kami.

"Kadangkala penduduk di sini terpaksa berputih mata apabila melihat sebahagian anak getah yang baharu ditanam dimusnahkan oleh kumpulan gajah tersebut," katanya.

Beliau berkata jika pihak berkaitan dapat membina dan menyambung pagar elektrik di kawasan itu, ia sedikit sebanyak dapat memberik kelegaan kepada penduduk.

Sumber: Bernama | 26 Julai 2016

53 banduan di Penjara Pengkalan Chepa berpeluang jumpa keluarga sempena Aidilfitri

KOTA BHARU: Seramai 53 banduan di Penjara Pengkalan Chepa di sini bertuah apabila diberi peluang berjumpa secara bersemuka dengan anggota keluarga mereka sempena Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Peringkat Penghuni 2016 hari ini.

Pengarah Penjara Pengkalan Chepa Kamarul Alam Taib berkata kesemua banduan terbabit dipilih berdasarkan kelakuan baik yang ditunjukkan mereka sepanjang ditahan di penjara berkenaan.

"Program ini adalah bagi memberi peluang kepada penghuni untuk merasai suasana hari raya bersama keluarga walaupun berada di dalam penjara.

"Ia juga memberi peluang kepada penghuni untuk bermaafan dengan ibu bapa dan keluarga yang setia menunggu mereka di luar, sekali gus mewujudkan nilai positif antara keluarga dan penghuni untuk meneruskan silaturahim walaupun dipisahkan oleh tembok penjara," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis berkenaan.

Kamarul Alam berkata seramai 2,217 banduan menghuni di Penjara Pengkalan Chepa dengan lebih 50 peratus daripadanya terbabit kesalahan dadah.

Sementara itu, seorang penghuni sepanjang hayat yang dikenali sebagai Nazri, 45, berkata dia berasa bertuah kerana dapat berjumpa anggota keluarganya pada majlis berkenaan.

Dia dipenjarakan atas kesalahan melancarkan serangan ke atas Yang di-Pertuan Agong ketika menyertai kumpulan militan Al Maunah.

"Saya ditahan pada tahun 2000 dan sudah ditahan di Penjara Kajang selama 12 tahun sebelum dipindahkan ke sini.

"Setiap empat tahun sekali saya memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong tetapi masih gagal," katanya.

Dia yang mula ditahan ketika berusia 29 tahun berharap akan mendapat pengampunan kerana dua lagi rakannya sudah dibebaskan dan dapat kembali kepada pangkuan keluarga dan masyarakat.

Sumber: Bernama | 26 Julai 2016

Isnin, 25 Julai 2016

Benarkah pemilik Rayani Air lari ke India?

Ravi Alagendrran
PETALING JAYA: Khabar angin mendakwa pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran dan isterinya, Datuk Karthiyani Govindan yang juga pengasas bersama syarikat penerbangan itu lari ke India tersebar sejak minggu lalu.

Ia lebih rancak di kalangan pekerja Rayani Air dan difahamkan turut sampai ke pengetahuan sekumpulan pelanggan yang masing-masing masih menanti tunggakan gaji untuk dilunaskan dan bayaran balik tiket penerbangan.

Wakil pekerja Rayani Air, Zulkalnain Azdan berkata, sehingga kini beliau masih belum mengadakan pertemuan dengan pasangan suami isteri itu bagi membincangkan tentang usaha menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

Zulkalnain yang juga Pengurus Stesen Rayani Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) berkata, kali terakhir beliau berhubung dengan Karthiyani pada 15 Julai lalu dan dimaklumkan bahawa pasangan itu akan berlepas ke India pada hujung minggu tersebut.

"Saya ada hubungi Karthiyani untuk berjumpa pada Isnin, 18 Julai tetapi katanya akan ke India untuk urusan pelabur. Saya ada mesej dia beberapa kali dalam tempoh beberapa hari selepas itu untuk bertanyakan perkembangan mengenai pelabur tetapi tiada jawapan.

"Saya dapat tahu timbul khabar angin mengenai mereka mahu lari ke India, dan ia tersebar di kalangan pekerja. Ramai pekerja bertanya kepada saya mengenai kesahihan dakwaan itu.

"Tetapi mesej dan pertanyaan saya juga tidak dijawab Karthiyani, jadi bagaimana saya hendak jelaskan kepada pekerja, sedangkan saya sendiri pun tak tahu perkembangan dan perkara sebenar," katanya kepada mStar Online.

Zulkalnain berkata, tindakan pasangan itu yang 'menyepikan diri' seolah-olah mengetepikan syarat yang dipersetujui Ravi untuk kumpulan pekerja membantu dan memberi kerjasama bagi menghidupkan kembali syarikat penerbangan itu.

Tambah Zulkalnain, beliau ketika ini sedang berusaha untuk mengembalikan kepercayaan pekerja terhadap pemilik Rayani Air selepas syarikat penerbangan itu bermasalah.

"Pekerja perlu diyakinkan untuk sama-sama membantu menyelamatkan Rayani Air. Tetapi kalau Karthiyani dan Ravi senyap dan tidak melibatkan saya sebagai wakil pekerja dalam urusan pelabur, nanti pekerja hilang kepercayaan terhadap saya pula," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pasangan itu supaya segera memaklumkan perkembangan dan mengadakan perbincangannya bersama sekembalinya ke tanah air.

Sementara itu, Ravi dan Karthiyani mengesahkan kepada mStar Online bahawa pasangan itu kini berada di India untuk tujuan mendapatkan pelabur, dan bukannya melarikan diri seperti yang didakwa.

"Kami masih di India mencari pelabur. Ada urusan dengan satu lagi pelabur," kata Karthiyani menerusi aplikasi WhatsApp sambil menambah akan pulang ke Malaysia pada 28 Julai.

Ravi pula berkata, urusan mencari pelabur kini masih dalam peringkat perbincangan bersama pihak berkenaan.

"Mereka sedang membuat penilaian. Bukan mudah untuk dapatkan syarikat penerbangan lain bagi mengadakan kerjasama," kata Ravi sambil menambah terdapat dua pelabur di India tetapi tidak mengulas mengenai satu lagi pelabur.

Bagaimanapun difahamkan salah satu pelabur merupakan syarikat penerbangan yang berpangkalan di selatan India.

"Ada beberapa (pelabur berpotensi) yang kita sedang lihat. Kita akan memaklumkannya bila sudah pasti," ujar Karthiyani mengenai masa yang lama berada di India.

Pada 15 Julai lalu, mStar Online melaporkan Ravi bersetuju mengikut tiga syarat yang dikenakan sekumpulan pekerjanya bagi menghidupkan kembali syarikat penerbangan itu.

Tiga syarat itu ialah – Ravi dan Karthiyani tidak lagi menerajui Rayani Air dan pengurusan perlu dikendalikan pelabur - urusan permohonan lesen dan pelabur perlu membabitkan wakil pekerja dan perjanjian pelaburan dilakukan di Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) - penstrukturan semula pengurusan dilakukan pelabur tanpa campur tangan Ravi dan Karthiyani.

Terdahulu, Zulkalnain menegaskan bahawa tiga syarat buat Ravi bertujuan untuk menjaga kepentingan semua pihak termasuk pelabur, pekerja dan pelanggan, selain memastikan segala urusan sepanjang proses berkenaan dilakukan dengan telus dan lancar.

Pada 13 Jun, Mavcom membuat keputusan membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) milik Rayani Air kerana telah melanggar syarat-syarat lesen berkenaan selain kurang keupayaan dari segi kewangan dan pengurusan untuk meneruskan operasi sebagai syarikat penerbangan komersial

Ia diikuti pembatalan Sijil Pengendali Udara (AOC) oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada hari sama.

Dilaporkan Rayani Air perlu membuat permohonan baharu ASL dan memenuhi kriteria yang ditetapkan, bagi membolehkan ia dapat beroperasi semula sebagai syarikat penerbangan komersial.

Difahamkan, Rayani Air perlu memohon ASL daripada Mavcom terlebih dahulu, sebelum mendapatkan AOC daripada DCA.

Sumber: mStar Online | 25 Julai 2016

Komen: Jauhnya Ravi dan bininya mencari pelabur. Tempohari cakap pelabur tempatan berebut-rebut hendak beli saham Rayani Air. Pelabur asing hanya boleh memiliki saham syarikat Malaysia sehingga 49 peratus sahaja. Adalah lebih baik pelabur tempatan menubuhkan syarikat penerbangan baharu daripada menanggung beban dan masalah sedia ada Rayani Air. 

Rakyat Malaysia hanya makan lima kilogram buah sebulan - FAMA

Gambar hiasan
JITRA: Penggunaan per kapita buah-buahan oleh rakyat di negara ini hanya 63 kilogram setahun, berbanding 400 kilogram yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut kajian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ini bermakna, secara puratanya rakyat negara ini hanya makan buah-buahan lima kilogram sebulan, satu kilogram seminggu dan sehari hanya 120 gram.

Ketua Pengarah Fama Datuk Ahmad Ishak berkata, jumlah itu lapan kali ganda jauh lebih rendah berbanding saranan WHO dan Malaysia katanya turut ketinggalan jauh berbanding penggunaan perkapita negara-negara di Eropah dan Asia.

"Malah dalam Asia Tenggara, kita juga berada di belakang Singapura dan Thailand dari aspek penggunaan perkapita buah-buahan. Jika kita dapat sasar 120 kilogram, itu pun sudah memadai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan Peringkat Sekolah-Sekolah Negeri Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Halim di sini Isnin.

Ahmad berkata, menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaaan, prevalen pengambilan buah dan sayuran setiap hari telah menurun daripada 7.5 peratus (2011) kepada 6 peratus (2015).

"Prevalen pengambilan sayur setiap hari dalam kalangan orang dewasa Malaysia turun daripada 13.7 peratus (2011) kepada 11.2 peratus pada 2015. Prevalen pengambilan buah-buahan turun daripada 15.5 peratus (2011) kepada 9.9 peratus pada 2015," katanya.

Justeru katanya, FAMA kini giat mengadakan kempen makan buah-buahan tempatan bagi menggalakkan pengambilannya, dan sehingga kini katanya terdapat 564 gerai buah-buahan segar yang diusahakan 534 usahawan telah diwujudkan FAMA.

Ini kerana menurut Ahmad, pada tahun 2015 sahaja negara mengimport sejumlah RM2 bilion setahun buah-buahan, antaranya epal, anggur, limau mandarin dan longan.

"Kita ada program ladang kontrak, yang kita telah buat setiap tahun dengan memberi jaminan kepada pengusaha yang tanam buah-buahan dan sayur-sayuran yang dipasarkan. Tahun lepas kita capai sasaran 7,000 hektar (dibangunkan) dan 4,000 petani terlibat dengan hasil 600,000 tan metrik melibatkan nilai hampir RM700 juta," katanya.

Kempen hari ini merupakan penganjuran kali kedua di negeri Kedah bertujuan menggalakkan pelajar mengambil buah-buahan sebagai pilihan hidangan harian selain pertandingan mewarna, pameran dan jualan buah-buahan segar serta ceramah kesihatan.

Sumber: mStar Online | 25 Julai 2016

Bandar baharu berciri Islam bernilai hampir RM1 bilion di Tok Bali

PASIR PUTEH: Pembangunan bandar baharu bercirikan Islam bernilai hampir RM1 bilion di Tok Bali di sini dijangka dapat dilaksanakan tahun depan apabila segala kelulusan yang berkaitan telah diperoleh.

Ketua Jajahan Pasir Puteh Mohd Anis Hussein berkata pihak pemaju projek telah menyerahkan kertas kerja lengkap mengenai projek itu kepada pihaknya sebelum Aidilfitri lepas.

Kertas kerja terperinci itu akan dikemukakan kepada kerajaan negeri pada akhir tahun ini untuk mendapat kelulusan, kata beliau kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat jajahan Pasir Puteh di sini, hari ini.

Mohd Anis, yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh, berkata ia akan menjadi bandar kedua terbesar di Kelantan selepas Kota Baharu jika kesemua projek yang dirancang selesai dilaksanakan.

Selain Tok Bali, turut dirancang ialah bandar baharu Cherang Tuli dan berhampiran Taman Perumahan Bukit Gedombak yang kini dalam proses penyediaan tapak oleh sebuah syarikat terkemuka.

Sumber: Bernama | 25 Julai 2016

UMNO Kelantan beli tanah 2.27 hektar bina 50 rumah kekal baharu - Mustapa

KOTA BHARU: Badan Perhubungan UMNO Kelantan membeli tanah seluas 2.27 hektar di Mukim Manjor, Kuala Krai bernilai RM420,550 bagi membina kira-kira 50 rumah kekal baharu (RKB) untuk mangsa banjir di jajahan tersebut.

Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ia bagi menyelesaikan pembinaan rumah kepada mangsa banjir yang masih belum mendapat kediaman yang dijanjikan Kerajaan Persekutuan selepas rumah mereka musnah dalam kejadian banjir besar pada 2014.

"Ini merupakan fasa akhir pembinaan rumah (yang dipertanggungjawabkan kepada Kerajaan Persekutuan). Pembinaannya akan dilaksana Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan sebuah rumah dianggarkan bernilai RM65,000.

"Setakat ini, kerja-kerja tapak sedang giat dilaksanakan di kawasan itu manakala kerja pembinaan rumah dijangka dimulakan pada hujung Oktober," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan di Bangunan UMNO Kelantan di sini malam tadi.

Jun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kunci rumah kekal kepada 31 keluarga mangsa banjir di Jajahan Kuala Krai.

Susulan banjir besar itu, kerajaan pusat memikul tanggungjawab membina 1,141 rumah untuk penduduk terjejas dengan lebih 800 daripadanya telah siap.

Sumber: Bernama | 25 Julai 2016

Kampung Laut: Lot dibayar, rumah baharu percuma

TUMPAT: Jarang berlaku di negeri lain apabila penduduk yang terbabit dengan projek kerajaan dibayar pampasan tanah dan mendapat pula rumah percuma.

Sedangkan yang sering disaksikan sebelum ini termasuk di Kampung Banggul Donas, Kuala Nerus Terengganu penduduk teraniaya tanpa mendapat pampasan setimpal.

Namun lain berlaku di Kelantan yakni 13 keluarga yang terbabit dengan projek Warisan Kampung Laut dibayar pampasan tanah dan mendapat rumah percuma.

Malangnya maklumat itu cuba dinafikan pihak tertentu termasuk PAN (Parti Amanah Negara) yang mahu menjuarai isu berkenaan, tanpa memahami keadaan sebenar.

Setiausaha Politik Menteri Besar Wan Ruslan Wan Hamat berkata, kerajaan negeri bukan mengambil percuma tanah milik penduduk, sebaliknya dibayar pampasan lot dan dibina rumah secara percuma di tempat berdekatan.

Katanya begitu juga penduduk yang menyewa lot milik orang lain di situ yang terbabit projek Kampung Warisan akan diberi pampasan nilai rumah dan mendapat rumah baharu.

“Ini jarang berlaku di tempat lain. Pampasan dibayar, rumah percuma pula dapat di lot yang lebih selesa. Tanah di penempatan baharu itu akan ditambun lebih tinggi.

“Tidak berbangkit kerajaan negeri menzalimi rakyat sebagaimana dituduh pihak tertentu. Mereka tidak faham dan cuba mengeruhkan keadaan,” katanya.

Sebuah portal berita sebelum ini mendakwa pengambilan balik penempatan penduduk Kampung Laut untuk projek Kampung Warisan dibuat tanpa sebarang makluman dan perundingan.

Wakil penduduk Mohd Nordin Adam dilapor mendakwa hak penduduk cuba diceroboh dan tiada yang boleh diharapkan membela nasib mereka.

Wan Ruslan yang juga Naib Yang Dipertua PAS Tumpat berkata kerajaan negeri mengambil maklum dan memandang serius isu yang dibangkit penduduk.

Katanya juga pengambilan balik 13 lot milik penduduk di Kampung Laut bagi membolehkan projek Kampung Warisan dilaksanakan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Menurutnya keluasan tanah penduduk yang terlibat dengan pengambilan tanah seluas 2.355 ekar termasuk penempatan semula kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

“Bagi penempatan semula penduduk yang terlibat kerajaan negeri menyediakan lot seluas tiga ekar bagi menempatkan sehingga 13 rumah penduduk dan sebuah surau,” katanya.

Sebanyak tujuh lot lagi terlibat dengan projek menaik taraf jalan sedia ada.

Projek itu dianggar membabitkan kos RM30 juta. Jumlah terbabit tidak termasuk projek tebatan banjir akan dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Kampung Laut setinggi enam meter. 

Sumber: Harakah Daily | 25 Julai 2016

MB Kelantan jawab tuduhan abai penduduk Kampung Laut

Ustaz Datuk Ahmad Yakob
KOTA BHARU: Mengambil kira pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di Kampung Laut beroperasi di tanah rizab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kerajaan negeri merancang menempatkan mereka di tempat lebih sesuai.

Kawasan itu akan dibangunkan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sebagai Kampung Warisan.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata pengusaha serunding, dodol, gelembung buaya di situ perlu ditempatkan ke lokasi yang lebih baik.

Katanya, Kampung Warisan itu merupakan program di bawah ECER bagi membangunkan Kampung Laut melalui program warisan.

Tujuannya mempertingkatkan kampung berkenaan dengan menyusun semula kilang-kilang yang memproses produk tradisonal di satu tempat.

“Lagi pun lokasi asal akan dibangunkan JPS projek tebatan banjir,” katanya di sini.

Sebuah portal berita sebelum ini mendakwa pengambilan balik penempatan penduduk Kampung Laut untuk projek Kampung Warisan dibuat tanpa sebarang makluman dan perundingan.

Wakil penduduk Mohd Nordin Adam dilapor mendakwa hak penduduk cuba diceroboh dan tiada yang boleh diharapkan membela nasib mereka.

Ustaz Ahmad yang juga Adun Pasir Pekan berkata dakwaan itu tidak berasas kerana kerajaan negeri sejak awal lagi mengambil kira masalah penduduk terlibat.

“Ada juga yang menganggap saya tidak pernah turun, sedangkan saya masih lagi mengajar di Masjid Kampung Laut malah sering menziarahi masyarakat di situ,” ujarnya.

Menurutnya juga penyusunan Kampung Warisan akan turut membabitkan pengambilan tanah yang dianggar melibatkan 13 rumah.

Kata beliau kerajaan negeri akan menyediakan tapak baharu kepada mereka termasuk mendirikan penginapan berhampiran Kampung Laut.

“Kerajaan negeri juga akan membayar pampasan mengikut nilaian harga semasa,” katanya.

Sumber: Harakah Daily | 24 Julai 2016

Kedah and Kelantan in the limelight

IN CONJUNCTION with Visit Kedah and Kelantan Year 2016, Pos Malaysia Bhd will issue its “Tourist Destinations – Kedah & Kelantan” stamp series on July 27.

The stamp series will feature popular tourist spots in Kedah and Kelantan such as Langkawi, Muzium Padi, Menara Alor Setar, Lembah Bujang (Kedah) as well as Pantai Bisikan Bayu, Kampung Kraftangan and Muzium Kraf (Kelantan).

“In support of Tourism Malaysia’s 2016 travel campaign, Pos Malaysia would like to do its part by promoting tourism attractions unique to Kedah and Kelantan.

“Kedah, as we know, is famous for its padi fields and is often regarded as ‘the rice bowl of Malaysia’ while Kelantan on the other hand is famous for its laid-back lifestyle, tranquil countryside, rustic fishing villages and a wealth of cultural activities.

“I believe that both avid stamp collectors and beginners will find this issue interesting,” Pos Malaysia group chief executive officer Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh said.

The ‘Tourist Destinations – Kedah & Kelantan’ stamps series will be issued at Pos Malaysia headquarters Dayabumi Complex, KL.

Kedah’s se-tenant block of stamps will feature the images of Muzium Padi/Menara Alor Setar and Stone Boxes/Lembah Bujang, while the se-tenant stamps for Kelantan will feature Kampung Kraftangan and Muzium Kraf/Songket.

Each stamp will carry 80sen denomination and the se-tenant will be available for purchase at RM1.60 per pair.

Besides the se-tenant stamps, the Tourist Destinations stamp series will also feature miniature sheets with two stamps featuring Langkawi (Kedah) and Pantai Bisikan Bayu (Kelantan). Each piece of the miniature sheet will carry RM2 denomination each. The miniature sheet will be sold at RM4.25 per piece.

Other philatelic products such as first day covers (FDC), including a brochure, will be sold at 55sen each, while the folders will be sold at RM6.35 each. The complete Tourist Destinations set series will be available at RM51.10 each.
   
The ‘Tourist Destinations – Kedah & Kelantan’ stamps series will be issued at Pos Malaysia headquarters Dayabumi Complex, KL.
Concurrently, the cancellation mark will feature Kedah’s padi stalk and Kelantan’s top spinning as both elements are believed to be the best elements to represent the two states.

The public are encouraged to join the standing order deposit account (SODA) by signing up at any post office nationwide or via www.posonline.com.my

SODA members enjoy various benefits offered solely to members.

For details, visit www.pos.com.my or visit the nearest Pos Malaysia branch or the Stamp Gallery at Level Two, Pos Malaysia headquarters, Dayabumi Complex, Kuala Lumpur.

Alternatively, call 03-2267 2267 (ext 2000) or email filateli@pos.com.my for enquiries. ource:
 
Source: The Star | Community | 25 July 2016

Polis Kelantan perkasa tiga elemen perangi Daesh

TUMPAT: Polis Kelantan akan memperkasa tiga elemen utama iaitu masyarakat, pencegahan jenayah dan risikan bagi membanteras anasir tidak sihat termasuk aktiviti kumpulan militan Daesh di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata walaupun tiada sebarang aktiviti berkaitan kumpulan militan itu dikesan di negeri ini setakat ini, namun pihaknya akan meningkatkan aktiviti risikan bagi menangani sebarang ancaman radikal.

"Saya menggesa kesemua balai, dan pusat penginapan untuk meningkatkan tahap keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya kepada pemberita di Jeti Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di sini hari ini selepas melakukan tinjauan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata seramai 14 individu ditahan oleh Bahagian Counter Terorrism Cawangan Khas Bukit Aman di sekitar Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah, selepas disyaki terlibat dengan kumpuan militan Daesh.

Dalam pada itu, Ab Rahman berkata antara kawasan yang akan diberikan perhatian rapi adalah empat daerah bersempadan dengan negara jiran iaitu Pasir Mas, Tumpat, Jeli dan Tanah Merah.

Beliau berkata selain itu, kawasan Pelabuhan Tok Bali di Pasir Puteh juga akan menjadi keutamaan agensi itu dalam usaha mengekang jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan senjata api.

Katanya, semua agensi keselamatan di sempadan termasuk Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia serta Jabatan Imigresen akan bekerjasama bagi memerangi aktiviti jenayah di kawasan sempadan.

Sumber: Bernama | 24 Julai 2016

Ahad, 24 Julai 2016

24 peniaga ayam di Kelantan berdepan tindakan mahkamah - KPDNKK

Ketua Unit Antipencatutan KPDNKK Kelantan, Shamsuri Hamzah (kanan) membuat pemantauan harga seekor ayam kepada seorang peniaga ketika meninjau harga ayam di Pasar Besar Siti Khadijah baru-baru ini.
KOTA BHARU: Seramai 24 peniaga ayam di Kelantan akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini pada 12 Sept depan atas kesalahan mencatut iaitu mengenakan harga ayam yang melampau pada perayaan Aidilfitri ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan Datuk Ab Ghani Harun berkata kes berkenaan dikesan hasil pemeriksaan harian selama dua minggu bermula 9 Julai dan berakhir semalam.

"Peniaga yang terbabit kebanyakannya di Pasar Siti Khadijah selain beberapa pasar lain termasuk Pasar Chabang Tiga Pengkalan Chepa.

"Mereka bukan hanya mengenakan harga yang melampau tetapi juga bersikap biadap kepada pelanggan," katanya kepada pemberita di Majlis Hari Terbuka dan Sambutan Aidilfitri Bersama Friends Of KPDNKK Negeri Kelantan di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail.

Sepanjang perayaan Aidilfitri lepas, harga ayam di negeri ini dilaporkan dijual secara terus kepada pengguna tanpa ditimbang sehingga mencecah RM30 seekor berbanding harga kawalan RM7.90 sekilogram.

Ab Ghani berkata peniaga berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang memperuntukan denda tidak melebihi RM100,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM250,000, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Ab Ghani berkata harga ayam di negeri ini telah kembali normal dengan harga jualan sekitar RM8 sekilogram.

Beliau berkata terdapat 207 ladang ternakan ayam telah dikenal pasti, selain 80 premis pemprosesan ayam dan 756 peruncit yang beroperasi di negeri ini.

"Kita akan buat pemantauan berterusan bagi mengenal pasti senario semasa pasaran ayam di negeri ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ab Ghani berkata bermula 1 Jan hingga 23 Julai lepas, sejumlah 465 kes membabitkan pelbagai kesalahan dikesan dengan nilai kompaun berjumlah RM62,000.

Sumber: Bernama | 24 Julai 2016

Pembinaan MRSM Ulul Albab di Peringat, Kota Bharu dijangka bermula awal tahun depan

KOTA BHARU: Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang berkonsepkan 'Ulul Albab' bernilai RM120 juta di Kelantan dijangka akan dimulakan, awal tahun depan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa berkata kawasan seluas hampir lima hektar berhampiran pekan Peringat di sini, sudah dikenal pasti bagi tujuan itu.

"Kita akan keluarkan proses tender pada penghujung tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jaya Peringkat di sini, hari ini.

Annuar yang juga anggota Parlimen Ketereh berkata MRSM berkenaan yang merupakan yang pertama di negeri ini, mampu menampung seramai 750 pelajar dan dijangka akan mula beroperasi pada 2019.

Selain itu, Annuar berkata MRSM tersebut adalah yang terbesar setakat ini berbanding empat lagi MRSM dengan konsep yang sama, masing-masing di Terengganu, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor ketika ini.

"Pada masa ini keempat-empat maktab itu melahirkan kira-kira 1,000 pelajar setahun yang dapat menghafal 30 juzuk al-Quran, selain berkeupayaan dalam bidang sains, perakunan dan kejuruteraan," katanya.

Annuar berkata, MRSM Ulul Albab memberi penekanan kepada aspek pembangunan sahsiah pelajar menerusi agama dan dalam masa yang sama turut memberi fokus dalam bidang akademik.

"Penubuhannya juga untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah dari umat Islam di negara ini," katanya.

Katanya Peringat dipilih sebagai lokasi pembinaan MRSM itu berdasar potensi kerana berada berhampiran bandar raya Kota Bharu serta dekat dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.

Beliau berkata ia juga akan merancakkan proses pembangunan pekan Peringat dan memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk setempat.

Sumber: Bernama | 23 Julai 2016

KAFA lunas tunggakan gaji lima bekas pemain

KOTA BHARU: Penantian lima bekas pemain Kelantan ke atas tunggakan gaji mereka, bakal berakhir Isnin ini.

Ini berikutan kesediaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melunaskan tunggakan berjumlah RM355,000 kepada Ahmad Fakri Saarani, Amar Rohidan, Muhammad Nazri Ahmad, Amiridzwan Taj Tajudin dan Mohd Fitri Omar.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata pembayaran kepada lima bekas pemain Kelantan itu akan dibuat melalui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan cek rasmi pembayaran akan diserahkan kepada badan induk itu Isnin ini.

"KAFA berjaya melunaskan hutang itu mengikut tarikh akhir yang ditetapkan FAM iaitu sebelum 31 Julai ini," katanya ada sidang akhbar di sini.

Episod malang pemain itu bermula selepas menamatkan kontrak mereka dengan KAFA untuk menyertai pasukan lain musim ini, sehingga terpaksa membuat aduan kepada Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM).

Pada 3 Mei lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam mencadangkan kepada FAM agar melakukan pemotongan mata kepada KAFA sekiranya persatuan itu gagal menjelaskan tunggakan gaji kepada bekas pemainnya sebelum 31 Mei ini.

Tempoh itu kemudian dilanjutkan oleh FAM sehingga 31 Julai ini.

Kevin juga dilaporkan sebagai berkata sekiranya KAFA masih gagal menjelaskan hutang berkenaan, FMLLP turut mencadangkan kepada FAM agar pasukan Kelantan diturunkan ke Liga Perdana atau disingkirkan daripada Liga Malaysia.

FMLLP ialah entiti swasta yang menguruskan Liga Malaysia bermula musim ini

Sumber: Bernama | 22 Julai 2016

Sultan Pahang rasmi Pusat Perubatan IIUM

KUANTAN: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan merasmikan pusat perubatan pertama milik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang terletak di kampus perubatannya di Indera Mahkota di sini.

Pusat perubatan 11 tingkat yang dikenali sebagai IIUMMC Medical Centre itu dibina pada Julai 2012 dan siap pada Mei lepas, dengan kos sebanyak RM590 juta termasuk kos peralatan sebanyak RM177 juta.

Ia merupakan pusat perubatan patuh syariah (mesra ibadah) dengan dilengkapi 350 katil, 15 klinik pakar, 20 bilik pembedahan, unit rawatan rapi (ICU), unit rawatan jantung (CCU) dan bilik bersalin.

Selain itu ia turut dilengkapi mesin dan teknologi perubatan yang canggih seperti MRI Tesla, mesin CT Scan dan alatan x-ray berdigital serta mesin pengimbas jantung yang canggih.

Selepas majlis perasmian itu, Sultan Pahang yang juga Ketua Perlembagaan UIAM dengan diiringi Sultanah Pahang Sultanah Kalsom turut melawat Jabatan Radiologi untuk melihat sendiri teknologi serta alatan canggih berkenaan.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Presiden UIAM yang juga Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim, dan Rektor UIAM Prof Datuk Seri Zaleha Kamaruddin.

Sementara itu, Rais dalam sidang media selepas majlis berkenaan berkata, kewujudan IIUMMC yang mesra ibadah itu bukan bertujuan untuk bersaing dengan hospital awam, namun ia lebih kepada pelengkap perkhidmatan perubatan menerusi kepakaran yang berkaitan terutama bidang pergigian.

"IIUMMC ini menerapkan semua kaedah perawatan yang disarankan dalam Islam bagi mereka yang sakit termasuklah aspek pengajaran latihan solat kepada pesakit. Lebih menarik susunan katil mengadap kiblat sekaligus memudahkan pesakit menunaikan ibadat.

"Kita juga mempunyai 133 pakar yang berkebolehan tinggi dalam bidang masing-masing yang diambil daripada Kulliyah Perubatan, Kulliyah Sains Kesihatan Bersekutu, Kulliyah Farmasi dan Kulliyah Pergigian.

"Dari segi manfaatnya, penduduk Kuantan khasnya dan Pantai Timur amnya akan mendapat perkhidmatan hospital yang moden dan terkini dengan caj rawatan berpatutan dan dalam masa yang sama mahasiswa UIAM akan mendapat kemudahan pembelajaran dan persekitaran yang baik serta kondusif," katanya.

Menurutnya, klinik rawatan untuk pesakit luar IIUMMC akan mula dibuka kepada orang awam pada Isnin minggu depan, manakala rawatan dalam wad akan mula menerima pesakit pada 1 Ogos ini.

Sumber: Bernama | 20 Julai 2016

Polis Kelantan rampas heroin dan pil kuda bernilai RM199,800

KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan lima lelaki dan seorang wanita dan merampas dadah jenis heroin serta 6,990 pil kuda yang bernilai RM199,800 dalam tiga serbuan bermula semalam dan berakhir awal pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata keenam-enam suspek dipercayai dalang dalam kegiatan pengedaran kedua-dua dadah jenis itu dan mereka ditahan di Kota Baharu, Bachok dan Tanah Merah.

Ab Rahman berkata dalam serbuan pertama di Gunong, Bachok, pada 7 malam semalam, sepasukan Unit Task Force Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Kelantan menahan dua lelaki berusia 27 dan 36 tahun di dalam sebuah kereta.

"Ketika serbuan seorang daripada suspek mencampakkan satu objek bungkusan surat khabar keluar dari kenderaan dan hasil pemeriksaan mendapati bungkusan itu mengandungi 10 botol plastik cerah.

"Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan menjumpai pula satu balutan surat khabar juga mengandungi 10 botol jenis sama yang mengandungi serbuk putih disyaki heroin dengan berat keseluruhan 102.8 gram bernilai RM40,000," katanya pada sidang akhbar di IPK Kelantan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ab Rahman berkata susulan tangkapan itu polis kemudiannya menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah rumah di Kampung Panchor di sini, pada pukul 11 malam hari sama sebelum menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 62 tahun.

Beliau berkata hasil pemeriksaan yang dijalankan di dalam sebuah bilik di rumah terbabit, polis menemukan satu bungkusan surat khabar mengandungi 10 botol berisi serbuk putih disyaki heroin.

"Pemeriksaan lanjut juga polis menemukan satu bungkusan kekuningan yang di dalamnya terdapat tiga bungkusan kertas mengandungi paket plastik biru berisi 6,000 biji pil kemerahan disyaki pil kuda yang dianggarkan bernilai RM140,000.

Dalam perkembangan sama, Ab Rahman berkata kira-kira 1 pagi hari ini, sepasukan anggota daripada JSJN Tanah Merah menyerbu sebuah rumah di Taman Adabi, Tanah Merah dan menahan seorang lelaki berusia 25 tahun di hadapan rumah tersebut.

Beliau berkata hasil pemeriksaan yang dilakukan di dalam rumah terbabit turut menemukan 990 biji pil kemerahan disyaki dadah jenis pil kuda bernilai RM19,800.

Katanya kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 19 hingga 25 Julai ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

Sumber: Bernama | 19 Julai 2016

Peroleh pendapatan dengan membuat rokok daun

PASIR PUTEH: Kenaikan harga rokok putih telah memberi peluang kepada petani yang tinggal di pinggir Sungai Semerak di sini untuk menambah pendapatan dengan menjual rokok daun daripada daun nipah.

Masih ramai yang gemar mengisap rokok daun menyebabkan ia sentiasa mendapat permintaan.

Seorang pembuatnya Adam Dollah, 66, berkata beliau memperoleh pendapatan tambahan sekitar RM20 dan RM30 setiap hari dengan menjual rokok daun.

"Saya luangkan masa antara dua hingga tiga jam sehari untuk mencari daun nipah selepas selesai mengerjakan tanaman padi dan dan lada," katanya kepada Bernama di rumahnya di Kampung Bukit Tanah, Kulim.

Beliau berkata beliau memperoleh pendapatan dua kali ganda sejak rokok putih mencecah RM18 sekotak.

Katanya isterinya Che Rashidah Yaakub, 60, turut membantu memproses daun nipah yang dicari dengan mengopek daun nipah, menjemur, memotong dan akhirnya mengikat daun nipah dalam bentuk berkas kecil.

"Selepas daun nipah menjadi kering, ia dipotong pendek dengan ukuran sebatang rokok biasa untuk dijual kepada peraih atau menjualnya di pasar Pasir Puteh, Jerteh serta Besut.

"Kadang-kadang saya tidak dapat memenuhi permintaan rokok daun yang semakin bertambah disebabkan perokok beralih menghisap rokok daun nipah dan tembakau kampung kerana mereka tidak mampu membeli rokok yang semakin mahal," katanya.

Menceritakan kesukaran mencari daun nipah sejak 40 tahun lepas, Adam berkata beliau terpaksa mengharungi air separas pinggang sehingga ke paras dada untuk mencari daun nipah dan kadang-kadang terserempak dengan buaya, ular tedung dan ular sawa.

"Hasil menjual rokok daun dan tanaman lain, saya mampu menyara 10 orang anak termasuk lima yang masih bersekolah," katanya.

Sumber: Bernama | 18 Julai 2016

Kelantan jadi tuan rumah pertama Kejohanan Bola Sepak PBT Malaysia

KOTA BHARU: Kelantan menjadi tuan rumah sulung bagi Kejohanan Bola Sepak Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia bersempena Persidangan Penguatkuasa Seluruh Malaysia Kali Kedua tahun ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) Zamri Ismail berkata seramai 16 pasukan termasuk dua pasukan jemputan akan menyertai kejohanan tersebut yang berlangsung dari 5 hingga 7 Okt depan.

"Pasukan yang bertanding merupakan gabungan PBT yang terdapat di setiap negeri yang mengambil bahagian, manakala dua pasukan jemputan pula adalah Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Penubuhanan Pasukan Bola Sepak Penguatkuasa PBT Kelantan di Pejabat MPKB di sini, Ahad.

Zamri berkata selain menggalakkan kakitangan PBT terlibat dalam sukan, ia juga menjadi platform kepada mereka untuk bertukar pendapat antara satu sama lain.

Sumber: Bernama | 17 Julai 2016

Khamis, 21 Julai 2016

Soldier held for joking about bomb at KIA

Kuching International Airport. 
KUCHING: Police have arrested an army lance-corporal for joking about a bomb in his luggage at Kuching International Airport (KIA).

Kuching police chief Asst Comm Abang Ahmad Abang Julai said the 25-year-old soldier told an airline employee that he had a bomb in his luggage when checking in for a flight to Kota Bharu at about 10.15am Thursday.

He said the man had five pieces of baggage to check in and when asked what was in the third one, he said that there was a bomb in it and he was going to bomb the aircraft.

The airline employee asked the question twice and was given the same answer. He then informed his supervisor and lodged a police report.

“A team from the Kuching police headquarters, including the bomb unit, rushed to the airport to investigate. Upon questioning, the suspect said he was only joking.

“However, we take this matter seriously,” ACP Abang Ahmad told a press conference here.

He said police inspected the suspect’s luggage thoroughly and found no bomb among its contents, which included terubok (salted fish) and “kek lapis”.

“By noon, we assured the airport management that the airport was safe and operations could continue as normal,” he said, adding that three flights were delayed while police were conducting the checks.

The suspect will be brought to court Friday to be remanded. He will be investigated for inciting fear under Section 506 of the Penal Code, which carries a two-year jail sentence or a fine or both upon conviction.

ACP Abang Ahmad said this was the first such case in Sarawak and he hoped it would not occur again.

He urged the public not to make jokes about bombs, especially in the wake of terrorist attacks in airports overseas.

“This is not the time to joke about things like this. It’s a serious matter,” he added.

Source: The Star | Nation | 21 July 2016