Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 21 November 2015

SPRM Kelantan tahan 33 suspek berkait pelbagai kes rasuah sejak Januari

KOTA BHARU: Seramai 33 suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan sejak Januari tahun ini hingga semalam berhubung pelbagai kes rasuah.

Pengarahnya Datuk Ab Aziz Aban berkata penahanan itu melibatkan 25 kakitangan kerajaan Persekutuan dan negeri, enam orang awam dan dua kakitangan swasta.

"Jika dilihat statistik sepanjang 10 tahun lepas, seramai 11 individu didakwa pada setiap tahun dengan lebih 350 laporan dikemukakan, juga pada setiap tahun.

"Namun, sejak 2014, kita menerima kira-kira 160 laporan yang semakin berkualiti dan hasilnya, lebih ramai yang berjaya didakwa di mahkamah," katanya kepada pemberita pada Program Gerak Mesra Merakyatkan SPRM: Karnival Futsal SPRM Sempena Hari Anti Rasuah Sedunia 2015 di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua kes berkenaan melibatkan rasuah antara RM300 dan RM80,000.

Ab Aziz berkata daripada jumlah berkenaan seramai empat suspek telah didapati bersalah, 21 kes masih dalam proses pendakwaan, dua laporan tatatertib dikemukakan kepada agensi terlibat, empat kes masih dalam siasatan, satu kes disenarai hitam dan satu kes ditutup kerana kekurangan bukti.

Sumber: Bernama | 21 Nov. 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan