![]()  | 
| Beberapa anggota unit skuad pemusnah bom, memeriksa lokasi letupan di sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam. - AFP | 
BANGKOK: Tujuh maut, sementara 22 lagi 
cedera dalam berpuluh-puluh insiden pengeboman di wilayah selatan negara
 ini malam tadi dan hari ini.
Menurut Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara, Leftenan Jeneral 
Paradorn Pattanathabutra, sebanyak 31 butir bom meletup di wilayah Yala,
 Pattani, Narathiwat dan Songkhla selain beberapa kebakaran yang sengaja
 dilakukan semalam dan awal hari ini.
Beliau berkata, kebanyakan bom tersebut ditempatkan berhampiran mesin
 pengeluaran wang automatik (ATM) dipercayai bertujuan menjejaskan 
ekonomi setempat, sementara bom yang mensasarkan pasukan peronda 
tentera, ditanam di tepi jalan.
Jelas Paradorn, mangsa yang maut terdiri daripada lima tentera dan 
dua orang awam, manakala mereka yang cedera adalah 10 tentera dan 12 
orang awam.
Dalam laporan berlainan, polis di Yala menyatakan, sebanyak enam 
butir bom ditempatkan berhampiran ATM di daerah Muang, Yaha (4) Bannang 
Sata (1), namun letupan tidak mengakibatkan kecederaan.
Di Songkhla pula, tiga bom dilaporkan meletup di daerah Natawee, Saba Yoi dan Sakom, namun tidak ada laporan kecederaan dibuat.
Di daerah Sai Buri, Pattani, seorang guru Waena Munor, 55, mati 
ditembak kira-kira pukul 1.30 pagi waktu tempatan di sebuah kediaman 
guru. 
Polis berkata, kumpulan lelaki bersenjata yang membunuhnya kemudian 
membakar tiga bangunan sekolah dan mencuri sebuah trak milik pihak 
berkuasa tempatan. Satu letupan turut berlaku di tepi jalan di Sai Buri, mencederakan beberapa anggota tentera.
Di Narathiwat, letupan turut berlaku di empat buah ATM dan seorang 
renjer terbunuh apabila trak pikap dinaikinya diserang hendap di daerah 
Cho Airong, pagi ini. Turut cedera dalam kejadian itu ialah empat renjer lain dengan seorang daripadanya parah. 
Sumber: Agensi | 9 Okt. 2013 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan