Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 5 November 2015

7 IKBN termasuk di Bachok dinaik taraf kepada IKTBN


REMBAU: Tujuh Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dinaik taraf menjadi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)

IKTBN baharu berkenaan ialah IKTBN Chembong di sini, Alor Gajah, Pagoh, Dusun Tua, Temerloh Bukit Mertajam dan Bachok

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata kenaikan taraf itu adalah sebahagian proses transformasi yang kerajaan lakukan terhadap IKBN yang dimulakan pada April tahun lalu. 

"Kenaikan taraf itu bukan hanya membabitkan perubahan nama, tetapi peningkatan kualiti dalam pelbagai aspek," katanya mengumumkan naik taraf tujuh institut berkenaan di IKTBN Chembong di sini, hari ini. 

Khairy Jamaluddin berkata, antara perubahan itu termasuk latihan tahap lebih tinggi, iaitu peringkat diploma dan diploma lanjutan. Selain itu, katanya tenaga pengajar akan dilatih supaya menjadi tenaga pengajar pakar dalam bidang mereka.

Sumber: BH Online | 5 Nov. 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan