Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 10 November 2015

Pembangunan Kelantan: Henti fitnah Kerajaan Persekutuan

Ahmad Jazlan melihat piala pusingan yang menjadi rebutan 24 pasukan bertanding untuk Liga Bola Sepak Piala Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa 2015.
KOTA BHARU: Sudah tibanya masanya pemimpin tidak bertanggungjawab berhenti lempar fitnah dan tohmahan kerajaan pusat masih menganaktirikan serta mengabaikan pembangunan di Kelantan.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, rakyat perlu sedar dan menilai sendiri peruntukan mahupun projek mega diluluskan kepada Kelantan menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dan RMK11 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menurutnya, di bawah RMK10 sahaja, Kelantan menerima peruntukan yang banyak menerusi Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dengan menyalurkan RM1.2 bilion bagi tempoh tersebut, malah mendapat pemberian besar berbanding negeri lain diperintah BN.

“Kita faham, dalam jangka masa terlalu panjang 25 tahun ini sehingga menjelang pilihan raya nanti akan mencecah 28 tahun Kelantan diperintah kerajaan sedia ada tetapi masih ramai pemimpin tidak bertanggungjawab yang mendendangkan irama Kerajaan Persekutuan meminggirkan Kelantan.

“Tindakan sebegitu sebenarnya hanya bertujuan mahu membangkitkan kebencian rakyat Kelantan kepada kerajaan pusat. Ini sebenarnya tuduhan tidak berasas dan boleh dianggap sebagai fitnah besar, dan bagi saya sudah sampai masa rakyat Kelantan sedar,” katanya kepada media, semalam.

Terdahulu beliau merasmikan perlawanan akhir Liga Bola Sepak Piala Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa 2015 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badang. Hadir sama, Ketua Umno Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman; Ketua Pemuda bahagian, Haris Husin dan Ketua Wanita Pengkalan Chepa, Zarina Md Eusope.

Ahmad Jazlan yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kelantan meminta rakyat di negeri ini menilai sendiri antara projek mega diluluskan kerajaan pusat, contohnya menaiktarafkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa dengan peruntukan RM500 juta.

“Kalaulah kita menganaktirikan, meminggirkan tidak pedulikan rakyat Kelantan, mana mungkin kelulusan besar diberikan oleh Perdana Menteri kepada Kelantan.

“Kenapa kita naik taraf lapangan terbang di Pengkalan Chepa, dengan RM500 juta itu kita boleh binanya di Tumpat, kawasan dimenangi BN pun boleh, di Bachok yang kalah tipis, Pasir Puteh, di Machang sendiri pun tetapi ini menunjukkan Perdana Menteri tidak kira soal kawasan mana patut kita bangunkan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 8 Nov. 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan