Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 15 November 2015

PKMM saran Kerajaan Persekutuan, negeri perbanyak projek kecil dan sederhana

KOTA BHARU: Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) menyarankan kerajaan Persekutuan dan negeri supaya menyediakan lebih banyak projek berskala kecil dan sederhana bagi membantu kontraktor bumiputera.

Presidennya Datuk Mokhtar Samad berkata ia bagi membolehkan kontraktor daripada kalangan itu bersaing dalam industri berasaskan pembinaan di negara ini.

"Golongan kontraktor kelas kecil dan sederhana ini mempunyai kekuatan dan keupayaan sendiri untuk melaksanakan projek yang diberikan sekiranya Kerajaan Persekutuan memperbanyakkan projek sedemikian kepada mereka.

"Dalam masa yang sama, kontraktor perlu menambah pengetahuan dalam pelbagai perkara terutama perkembangan terkini teknologi pembinaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Memperkasakan Kontraktor Kelantan di Dewan Utama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kelantan di sini, hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia cawangan Kelantan Datuk Ahmad Rosdi A Aziz.

Sementara itu, Ahmad Rosdi berkata kerajaan Kelantan juga tidak boleh lepas tangan dalam agenda pembangunan kontraktor bumiputera di negeri ini.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan serius dengan kerajaan negeri berhubung perkara berkenaan.

Sumber: Bernama | 15 Nov. 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan