Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 14 November 2015

Pusat Transformasi Bandar di Kota Bharu beroperasi Januari depan

BACHOK: Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kota Bharu bernilai RM46 juta dijangka beroperasi Januari depan, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Beliau berkata UTC itu bakal menjadi pusat sehenti bagi orang ramai di negeri ini untuk mendapatkan perkhidmatan utama kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

"Kira-kira 40 agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan menawarkan perkhidmatan masing-masing di UTC tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak Khidmat Masyarakat di Pantai Irama di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Makhtar Mustapha dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Mohd Irwan berkata sebuah pasar tani akan dibina berhampiran dengan UTC itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan mendapatkan barang mentah segar dengan harga berpatutan.

Sementara itu, Mohd Irwan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bersama Pengagihan Wang Ihsan Kelantan berkata sistem pengagihan peruntukan wang ihsan yang dibuat sama rata atau 50-50 antara Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan diteruskan di negeri itu pada tahun depan.

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM40 juta setahun sebagai wang ihsan kepada Kelantan.

Sumber: Bernama | 14 Nov. 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan