Gunung Chamah, puncak tertinggi negeri Kelantan. |
GUA MUSANG: Seorang pendaki wanita yang menyertai ekspedisi pendakian ke Gunung Chamah di sini ditemui selamat selepas 72 jam dilaporkan hilang.
Loy Siew Ling, 37, yang berasal dari Johor Bahru terselamat selepas dia menemui sebuah perkampungan Orang Asli berdekatan.
Kumplan Media Star yang kini berada di Kampung Penad sempat bertemui Siew Ling secara eksklusif ketika dibawa menaiki kenderaan Jabatan Pertahanan Awam di Kampung Gadih yang terletak bersebelahan.
"Ini pertama kali saya ke Gunung Chamah," katanya yang kelihatan dalam keadaan sangat lemah.
Muka dan tangannya dipenuhi kesan gigitan nyamuk dan serangga dan pasukan penyelamat membawanya untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Siew Ling adalah antara 14 pendaki yang menyertai Ekspedisi Pendakian ke Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat sejak 8 November lalu.
Menurut ketua ekspedisi, Lim Che Liang, 64, hanya 13 daripada mereka termasuk Siew Ling meneruskan pendakian ke puncak Gunung Chamah selepas bermalam di sebuah tapak perkhemahan.
Katanya, Siew Ling disedari hilang ketika mereka turun selepas meluangkan masa sejam di puncak gunung berkenaan.
Menurut seorang lagi pendaki, Ho Woei Jiunn, 29, beliau sempat berkomunikasi dengan Siew Ling selepas ditemui.
"Dia ada beritahu saya secara tiba-tiba pandangannya gelap dan seakan diganggu bayang-bayang hitam," kata Woei Jiunn pada masa kejadian berjalan di belakang Siew Ling.

Sumber: mStar Online | 11 Nov. 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan