BACHOK: Syarikat Jahitssini Enterprise (SJE) bercadang memperluaskan perusahaan jahitan dengan membuka sebuah kilang di Kelantan untuk memberi peluang lebih luas kepada orang kelainan upaya (OKU) mendapatkan pekerjaan tetap.
Pengerusi Eksekutif SJE, Rusli Alias berkata pada masa ini, tujuh daripada 18 pekerjanya terdiri daripada OKU dan mereka bekerja di tiga bengkel jahitan di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu sejak tiga tahun lepas.
"Lima dari mereka pekak pendengaran dan dua bekerja dengan kerusi roda (lumpuh)," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Majlis Kacau Bubur Asyura Antara SJE dan OKU di Bengkel OKU Kampung Aur di sini, hari ini.
Pada majlis berkenaan, SJE membekalkan keperluan bahan mentah untuk menyediakan empat kawah bubur asyura yang disertai 300 orang OKU di Kelantan dan Terengganu.
Rusli berkata pekerja OKU yang diambil bekerja oleh SJE didapati bekerja dengan tekun, rajin dan mahir kerana mereka menyedari peluang mendapat pekerjaan di tempat lain kini sangat sukar.
"Pada pandangan saya mereka sangat berpotensi menjadi pekerja yang berdedikasi jika diberi peluang, insya-Allah jika ada rezeki saya akan buka kilang untuk memberi peluang kerja kepada lebih ramai OKU," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Organisasi Majlis Kesefahaman Pertubuhan OKU Kelantan, Mohd Rozali Md Din berkata sehingga ini terdapat 22,000 OKU dari Kelantan dan Besut, Trengganu menyertai pertubuhan itu.
Beliau berkata mereka terdiri daripada anggota gabungan lima badan bukan kerajaan (NGO) dan mengalami pelbagai kategori kecacatan termasuk cacat penglihatan, pekak dan lumpuh anggota badan.
"Hanya sebahagian sahaja daripada mereka yang mendapat peluang bekerja di syarikat-syarikat swasta dan kerajaan, dengan anggapan pihak berkenaan tidak mahu mengambil risiko tinggi," katanya.
Mohd Rozali mengalu-alukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan sedang menjalankan kempen mendaftar OKU di seluruh negeri untuk menimbangkan pemberian elaun tetap bulanan kepada mereka.
"Sebaik-baiknya kerajaan perlu menimbangkan untuk menubuhkan sebuah pusat latihan di setiap negeri untuk melatih golongan itu supaya mereka dapat hidup berdikari dan tidak hanya bergantung kepada bantuan dari kerajaan semata-mata," katanya.
Beliau berkata, sejak 2009, pihaknya telah berjuang ke arah itu dengan menyediakan kertas kerja mengenainya tetapi sehingga sekarang tiada apa-apa tindak balas dari kerajaan termasuk kerajaan negeri.
Sementara itu, seorang OKU dari Besut, Mohd Faizu Mohamad, 36, bersyukur selepas tamat mengikuti latihan dari pusat latihan OKU Bangi, Selangor pada 2002 membolehkannya hidup berdikari membaik pulih televisyen dan radio di rumahnya.
"Bengkel saya mendapat sambutan dari masyarakat sekeliling dengan mendapat upah lebih RM700 sebulan," katanya.

Sumber: Bernama | 11 Nov. 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan