Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 5 November 2015

Kerajaan Kelantan tidak mampu bantu sepenuhnya KAFA - Abdul Fatah

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak mampu membantu sepenuhnya Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Abdul Fattah (PAS-Bukit Panau) berkata bagaimanapun kerajaan negeri telah menghapuskan cukai hiburan serta mengurangkan pelbagai levi yang dikenakan terhadap KAFA itu bagi mengurangkan kos perbelanjaan persatuan itu.

"Antara yang telah dilakukan adalah mengurangkan levi sebanyak 50 peratus ketika perlawanan persahabatan diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dan pengurangan levi 50 peratus untuk sewa padang," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Dr Md Yusnan Yusof (PAS-Melor) yang mahu tahu adakah kerajaan negeri berhasrat membantu pentadbiran KAFA yang telah gagal mengurus kewangan pasukan sebagai langkah membangunkan sukan bola sepak di negeri ini.

Menjawab soalan tambahan Hassan Mahmood (PAS-Tawang) yang bertanyakan tunggakan gaji pemain The Red Warriors, Abdul Fattah berkata beliau tidak mengetahui secara langsung berhubung perkara berkenaan kerana tidak berada dalam pengurusan KAFA.

"Saya rasa simpati dengan apa yang dialami oleh pemain The Red Warriors dengan masalah tunggakan gaji, tapi saya difahamkan KAFA dah ambil langkah yang perlu (untuk menyelesaikan masalah berkenaan)," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Fattah berkata beliau difahamkan KAFA juga akan mengambil beberapa pemain baharu bagi meningkatkan prestasi pasukan dalam tempoh dua tahun akan datang.

KAFA sebelum ini dilaporkan mengalami masalah untuk membayar gaji pemain dan kakitangannya selepas mendakwa kos pengurusan meningkat kepada RM11 juta pada tahun ini berbanding RM8 juta pada tahun lepas.

Sumber: Bernama | 4 Nov. 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan