KUALA KRAI: Kira-kira 1,500 orang ibu mengandung yang berdaftar dengan Hospital Kuala Krai (HKK) bakal melahirkan anak pada musim tengkujuh yang bermula bulan ini hingga Mac tahun depan.
Pengarah HKK Dr Mohd Salleh Mat Jusoh berkata persediaan awal telah dilakukan oleh pihaknya terutama untuk menyambut kelahiran bayi ketika berlakunya banjir.
"Kita anggarkan purata kasar dalam satu hari akan ada lapan atau sepuluh bayi yang akan dilahirkan di hospital ini tetapi bergantung pada tempoh hari yang sepatutnya dia (ibu) bersalin sama ada awal atau lewat dengan jangka tempoh yang diberikan untuk bersalin," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini, Rabu.
Dr Mohd Salleh menasihati ibu mengandung di jajahan Kuala Krai supaya segera ke hospital sekiranya tempat tinggal mereka menghadapi risiko berlaku banjir.
"Kita akan masukkan mereka ke dalam wad lebih awal dan menjaga mereka sehingga melahirkan anak," katanya.
Beliau juga akan memastikan semua peralatan dan bekalan perubatan pembedahan lengkap dan mencukupi agar tidak menimbulkan masalah walaupun ketika berlaku banjir.
Kuala Krai adalah antara jajahan di negeri ini yang teruk dilanda banjir besar pada akhir tahun lepas sehingga menyebabkan sebahagian besar daratannya ditenggelami air dan kawasan HKK menjadi "pulau".
Sementara itu, Nor Amira Yusof, 24, dari Kampung Tengah di sini, yang bakal melahirkan anak sulung pada bulan depan berkata kemungkinan beliau akan meminta kebenaran dengan doktor untuk dimasukkan ke wad di HKK lebih awal.
"Ini merupakan anak pertama saya dan memang tiap-tiap tahun kawasan rumah saya ini kena banjir, jadi saya nak minta dengan doktor masuk awal ke dalam wad.
"Saya tak nak perkara yang tak diingini berlaku sebab saya bimbang akan keselamatan saya dan bayi dalam kandungan ini," katanya.
Siti Fairuz Othman, 28, pula berkata persediaan awal telah dibuat kerana beliau dijangka melahirkan anaknya pada bulan ini.
"Saya memang dah bersedia sebab kalau tengok cuaca sekarang, hari-hari hujan tak henti.
"Jadi saya dah letak barang-barang peralatan anak dan pakaian seperti baju dan sebagainya dalam satu beg sebab senang, tak tercari-cari nanti," katanya yang bakal melahirkan anak kedua.
Sumber: Bernama | 4 Nov. 2015

Tiada ulasan:
Catat Ulasan