Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 30 November 2015

UMK sasar muncul pengeluar graduan kreatif negara dan antarabangsa

BACHOK: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyasar akan muncul sebagai pusat akademik yang mengeluarkan graduan berkualiti bagi menampung keperluan industri kreatif negara dan antarabangsa dalam masa terdekat.

Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan UMK Prof Madya Abdul Aziz Shuaib berkata sehingga kini fakulti berkenaan melahirkan kira-kira 500 pelajar.

"Bilangan mereka akan bertambah apabila 2,000 pelajar prasiswazah dan 50 pasca siswazah yang sedang mengikuti pengajian di fakulti berkenaan tamat pengajian selepas ini," katanya kepada pemberita di Kampus UMK Bachok di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai Festival Kandungan Kreatif Pelajar Malaysia (FKKPM) yang berakhir semalam anjuran bersama UMK dan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS).

Abdul Aziz berkata sambutan terhadap bidang pengajian itu semakin meningkat berbanding 160 pelajar sejak ia diperkenalkan pada 2006.

Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran FKKPM bertujuan menyokong pembangunan dan transformasi pendidikan menerusi hasil kerja kreatif pelajar Universiti Awam (UA) dan swasta di negara ini.

"Objektif utamanya adalah untuk memperluaskan lagi pengetahuan pelajar di negara ini dan masyarakat awam tentang kepentingan penghasilan kandungan kreatif yang bermutu tinggi dalam konteks pembangunan industri kreatif negara," katanya.

Sumber: Bernama | 30 Nov. 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan