Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 10 November 2015

JKM Kuala Krai sedia hadapi banjir, bekalan barangan keperluan asas mencukupi

KUALA KRAI: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Krai selesai mengagihkan pelbagai barangan keperluan asas kepada 50 pangkalan hadapan di jajahan ini.

Pegawai JKM Kuala Krai Zulbahri Ibrahim berkata ia melibatkan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu 10 pengkalan di Guchil, Manek Urai (tujuh), Dabong (14) dan Mengkebang (19).

"Antara barangan keperluan asas yang dibekalkan kepada pangkalan berkenaan ialah beras, sardin, minyak, gula, biskut, tikar, selimut, tuala dan tilam," katanya kepada pemberita pada majlis pengagihan barangan keperluan asas di pangkalan hadapan Kampung Bahagia di sini.

Sejajar dengan persedian banjir, Zulbahri berkata sebanyak 23 kakitangan JKM Kuala Krai telah dibekukan cuti mereka.

"JKM Kuala Krai turut menghantar beberapa kakitangan menghadiri kursus bagi menghadapi bencana itu," katanya.

Sumber: Bernama | 10 Nov. 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan