Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 5 November 2015

PKINK bayar RM8 juta kepada kerajaan negeri - Ahmad

KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), sebuah agensi kerajaan negeri, telah membuat pembayaran sebanyak RM8 juta kepada kerajaan negeri sejak 2014, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad (PAS-Pasir Pekan) berkata bagaimanapun pembayaran itu tidak dinyatakan dalam Bajet negeri 2016 kerana telah dimasukkan ke dalam Tabung Amanah kerajaan negeri.

"Pada 2014, PKINK telah membuat bayaran sebanyak RM3 juta manakala RM2 juta pula untuk bayaran pinjaman kepada kerajaan negeri. Pada 2015 pula, PKINK telah bayar RM5 juta dan turut menyumbangkan sebanyak RM100,000 untuk bencana banjir," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan Bajet 2016 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini, Rabu.

Ahmad mengemukakan jawapan kepada perbahasan Datuk Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) semalam yang mencadangkan kerajaan Kelantan boleh mengurangkan defisit RM45.61 juta dalam Bajet 2016 jika menguatkuasakan kutipan terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik kerajaan negeri.

Bagi syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd., yang membangunkan kawasan Lembah Sireh di sini, Ahmad berkata kerajaan negeri akan mendapat premium sebanyak RM10 juta daripada syarikat persendirian itu.

"Syarikat berkenaan telah membayar sebanyak RM3 juta setakat ini dan dalam masa terdekat, mereka akan bayar RM5 juta.

"Bagi syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) pula, syarikat itu kini sedang diselaras kerana ada beberapa masalah," katanya.
 
Sumber: Bernama | 4 Nov. 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan