Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 18 November 2015

UiTM Kelantan nafi kurangkan pengambilan pelajar dan pemberhentian pensyarah

KOTA BHARU: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan menafi akan mengurangkan pengambilan pelajar dan pemberhentian pensyarah sambilan institusi itu bagi sesi November sebagaimana yang tersebar di media sosial.

Koordinator Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Kelantan Wan Mohd Firdaus Wan Mohamad berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara itu.

Dalam satu kenyataan di sini, hari ini, Wan Mohd Firdaus berkata pengambilan pelajar sedang dibuka meliputi 11 bidang diploma termasuk Perakaunan, Seni Lukis Seni Reka (Tekstil dan Logam Halus), Seni Halus, Pentadbiran Awam, Pengajian Perniagaan, Perbankan, Sains Komputer, Statistik, Sains Matematik dan Pengurusan Maklumat.

"Namun syarat kemasukan adalah seperti biasa dan pengambilan ini tidak melibatkan isu pemberhentian pensyarah atau pun lebihan pensyarah kampus seperti yang didakwa dalam media sosial.

"Ini satu inisiatif untuk memberi peluang kepada calon yang berkelayakan," katanya.

Beliau berkata pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian di UiTM Cawangan Kelantan boleh melayari laman sesawang http://kelantan.iutm.edu.my untuk maklumat lanjut dan tarikh tutup permohonan 22 Nov ini.

Kenyataan dalam media sosial itu juga turut menyebut pensyarah sambilan dibuang kerja berikutan kekurangan pelajar di UiTM Cawangan Kelantan selain dakwaan tiada persaingan untuk diterima masuk akan memudahkan permohonan baharu dalam pengambilan kedua sesi Nov ini.

Sumber: Bernama | 18 Nov. 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan