Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 12 Januari 2016

IADA peruntuk RM425,000 hadapi fenomena El Nino

PASIR PUTEH: Projek Pertanian Bersepadu Kemasin Semerak (IADA) memperuntukkan RM425,000 bagi menyediakan enam buah pam untuk mengepam air ke kawasan tanaman padi sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlaku kemarau berikutan fenomena El Nino.

Pengarah IADA Mohamed Kaberi Ghani berkata kawasan tanaman padi seluas 2,600 hektar yang terletak di Pasir Puteh dan Bachok dikenal pasti akan terjejas sekiranya berlaku kemarau yang panjang.

"Pada masa ini kawasan sawah berkenaan sudah ditanam padi sejak sebulan lepas dan dijangka boleh dituai pada April hingga Mei depan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bayaran insentif projek Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Padi di Pertubuhan Peladang Kawasan Tiga Daerah di sini, hari ini.

Sejumlah 147 petani yang mengusahakan tanaman padi di kawasan seluas 228 hektar di bendang Tok Khamis, Yong A dan Yong B di sini (Pasir Puteh) menerima bantuan insentif itu berjumlah RM457,400.

Mohamed Kaberi berkata 16 buah pam automatik yang ada sekarang mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya paras air sungai Kemasin di Bachok dan Terusan Semerak di Pasir Puteh turun berikutan kemarau.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini melaporkan intensiti hujan negara dijangka berkurangan antara 20 hingga 60 peratus bermula bulan ini dan tahap El Nino kini dikategorikan sebagai 'kuat' dengan suhu negara dijangka meningkat antara 0.5 dan 2 darjah celsius.

Sumber: Bernama | 12 Jan. 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan