Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 1 Januari 2016

Yayasan Pekema sumbang 10,000 beg sekolah kepada pelajar miskin di Kelantan

KOTA BHARU: Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) menyumbang sebanyak 10,000 beg sekolah kepada pelajar miskin di negeri ini.

Timbalan Presidennya Datuk Wan Zaid Wan Abdullah berkata yayasan itu bekerjasama dengan Persatuan Orang Kota Baharu (POKB) untuk mengagihkan beg itu kepada pelajar yang layak.

"Yayasan Pekema memberi bantuan beg sekolah tersebut bagi mengurangkan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh keluarga miskin dalam menyediakan kelengkapan sekolah untuk anak masing-masing," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan beg sekolah tersebut di sini, hari ini.

Beliau berkata pendidikan untuk anak-anak adalah amat penting dan ibu bapa termasuk dari golongan miskin harus berusaha memastikan anak-anak mereka meraih kecemerlangan.

Sementara itu, Presiden POKB Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata pihaknya telah mengenalpasti pelajar yang akan menerima sumbangan beg tersebut yang tinggal di Parlimen Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai, Kota Baharu dan Machang.

Beliau berkata pihaknya akan menyelesaikan pengagihan beg tersebut dengan segera.

Sumber: Bernama | 1 Jan. 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan