Keadaan pantai yang dipukul ombak. Gambar kecil: Rohani Hassan |
KOTA BHARU: Penduduk di Kampung Pantai Pulau Kundur di sini dikejutkan dengan fenomena air pasang besar yang menyebabkan kediaman mereka dilimpahi air sedalam 1.5 hingga 2 meter di sini malam tadi.
Seorang penduduk Rohani Hassan, 51, berkata kejadian kira-kira jam 8 malam itu berlaku begitu pantas sehingga menyebabkan kawasan ruang tamu rumahnya dipenuhi pasir dan limpahan air pantai.
"Terkejut dengan kejadian itu, saya terus keluar dari rumah menyelamatkan cucu dan menyuruh anak-anak saya juga turut keluar.
"Memang ini kejadian yang paling dasyat sepanjang 31 tahun tinggal di kawasan terbabit. Sebelum ini air kerap masuk ke dalam rumah namun ombak tidaklah sebesar seperti semalam," katanya ketika ditemui di sini pagi tadi.
Sementara itu seorang lagi penduduk Azmi Ramli, 34 berkata, dia dan isterinya Suraya Isa, 27, bersama empat anaknya diarahkan berpindah selepas di maklumkan ahli Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Mukim Pulau Kundur.
"Kami diarahkan berpindah dengan menaiki jentera bomba setelah rumah dinaiki air sedalam dua meter.
"Mujurla kami dapat selamatkan diri, walaupun barangan dalam rumah musnah namun kami bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Sementara itu setakat pagi tadi, seramai 41 mangsa dipindahkan di pusat pemindahan SK Pulau Kundor yang turut mendapat bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman dan Naibnya, Wan Shahrul Azwan Abd Aziz turut melakukan lawatan dan menurut beliau pihaknya, berusaha membawa perkara itu ke peringkat atasan termasuk untuk rujukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 26 Jan. 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan