KOTA BHARU: Persatuan Badminton Kelantan (PBK) berminat memanggil kembali bekas pemain negara yang berasal dari negeri itu untuk melatih skuad negeri berkenaan khususnya untuk Sukan Malaysia (SUKMA) Julai ini.
Antara pemain yang berada dalam radar pencarian mereka adalah pemain adik beradik, Roslin dan Hafiz Hashim.
Presiden PBK Dr Naharuddin Hashim berkata Kelantan sudah lama tidak memperoleh pingat emas dalam acara badminton SUKMA setelah kali terakhir disumbangkan Roslin pada 1996.
"Kita bercadang mendapatkan bantuan jaguh badminton yang berasal dari Kelantan termasuk Roslin, untuk membantu meningkatkan pasukan negeri ini," katanya,
Bagi SUKMA kali ini, Kelantan akan menghantar 16 pemain yang akan beraksi dalam acara berpasukan, beregu dan perseorangan.
"PBK tidak meletakkan sasaran kerana kami menghantar pemain bagi memberikan pendedahan kepada mereka untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi, sambil mengharapkan ada kejutan daripada peserta perseorangan lelaki dan wanita iatu Ahmad Mazrin Azlan dan Chua Ai Chai," katanya.
Sumber: Bernama | 11 Jan. 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan