Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 1 Januari 2016

Kecuaian pemilik antara punca berlaku kecurian kenderaan di Kelantan - Polis Kelantan

BACHOK: Kelalaian pemilik kenderaan yang tidak mengutamakan ciri-ciri keselamatan dan pencegahan kecurian adalah antara punca berlakunya kecurian kenderaan mereka di Kelantan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata daripada jumlah 5,016 kes kecurian kenderaan yang dilaporkan di negeri ini tahun lepas, 58 peratus daripadanya merupakan kes kecurian kereta keluaran tempatan.

Beliau berkata kereta berkenaan menjadi sasaran pencuri untuk dilerai dan dijadikan alat ganti sebelum dijual kepada pengguna.

"Mereka menjualnya pada kadar harga yang lebih murah berbanding dengan alat ganti baharu yang dijual di kedai-kedai alat ganti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Polis dan Masyarakat di Masjid Kampung Keting di sini, hari ini.

Terdahulu semasa berucap pada majlis itu, beliau berkata pada tahun ini, pihaknya akan meningkatkan lagi kerjasama dengan masyarakat bagi membanteras kegiatan jenayah.

Sumber: Bernama | 1 Jan. 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan