Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 1 Januari 2016

Polis Kelantan pantau aktiviti penyeludupan menggunakan kenderaan

PASIR MAS: Polis Kelantan akan mengadakan perbincangan dengan beberapa agensi berkaitan bagi membanteras aktiviti penyeludupan menggunakan kenderaan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata antara agensi yang dikenalpasti termasuklah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNK) Kelantan.

"Kita akan bincang mengenai undang-undang yang boleh dikenakan terhadap pemilik kenderaan yang mengubahsuai kenderaan mereka untuk aktiviti penyeludupan.

"Ini kerana kita ada kesan ruang simpanan kenderaan pacuan empat roda dan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang telah diubah suai untuk aktiviti haram berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Tugas Ketua Polis Daerah Pasir Mas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini, Khamis.

Pada majlis berkenaan, tugas Ketua Polis Daerah Pasir Mas yang sebelum ini disandang oleh pemangkunya, Supt Ismail Jusoh diserahkan kepada ACP Ibrahim Saad yang memulakan tugas hari ini.

Dalam pada itu, Mazlan berkata pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand dalam menangani aktiviti penyeludupan menerusi kenderaan.

"Kita akan maklumkan kepada agensi keselamatan Thailand bagi membendung perkara ini daripada terus berleluasa," katanya.

Sumber: Bernama | 31 Dis. 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan